Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Apabila Ulama = Anjing....



Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh penaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.

Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.

Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.

Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.

Tentera Amerika Laknatullah Membakar Jenazah Pejuang Islam!!!



Jika benar ialah jenazah pejuang Islam...sedekahkanlah Al-Fatihah

Batu Terapung Al-Aqsa








ASIF JIDDAN!!!

Salam ukhwah fillah...

Aku minta maaf sesangat kerana ketiadaan sebarang artikel dlm tempoh seminggu lebih ini. Kesibukan dalam bepersatuan+Pengarah Program+Akademik+Masalah internet di rumah sewa membantutkan aku dalam mengimarahkan blog ini...InsyaALLAH...Selagi ada roh di badanku ini,Destinasimu tidak akan mati di situ...Jazakallah atas sokongan yang diberikan...

Promo Video: Sahabat Al-Quran UNITEN

Nilai Menyintai Rasulullah S.A.W


Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Air Mata Nabi Adam a.s


Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

10 Kanak-Kanak Paling Genius!

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ tertinggi di dunia

Lahir pada tahun 1962, di Korea, beliau dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan Pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea, Jerman, dan Inggeris. Pada umur 5 tahun beliau mampu memecahkan masalah pada soal pengiraan ia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan IQ tertinggi 210.

2. Gregory Smith : Anugerah Nobel pada usia 12

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya sebagai penerima nobel katogeri perdamaian berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Dimana ia mengumpulkan orang muda seluruh dunia. Gregory pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.
3. Akrit Jaswal : Doktor bedah usia 7 tahun

Jolokan "kanak-kanak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Ia mengejutkan umum ketika umurnya 7 tahun dengan melakukan pembedahan kepada seorang gadis tempatan di tempatnya. Gadis itu menderita luka bakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, nama beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Beliau diterima masuk ke universiti pada usia 11 tahun.

4. Cleopatra Stratan : Penyanyi berusia 3 tahun dengan gaji 1000€ satu lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Kanak-kanak adalah pencatat sejarah di industri muzik sebagai seorang penyanyi dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani, pada usia 3 tahun. Dia mencatat rekod sebagai seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan peminat. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam artis termuda yang mencetak #1 Hit.
5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berumur dua tahun sudah menunjukkan bakatnya sebagai genius, dia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre, dan dia menginginkannya bergabung dalam kumpulanya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyedari bahawa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap meneruskan pertunjukannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat masih duduk di bangku sekolah tinggi

Lahir di New York dan dewasa di Omaha tahun 1940. Genius ini sudah menguasai aljibra ketika darjah 4, ketika akhir SD ia sudah menguasai geometri, kalkulus dan filsafat. Ketika disekolah menengah, dia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu. Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah.

7. Michael Kevin Keaulus : Kuliah pada umur 10 tahun

Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun dan tercatat sebagai sarjana termuda. Ia mengajar di universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin meningkat naik ketika dia memenangi sebuah kuiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online.
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14

Seorang anak berwarga negara America dan Itali ini sungguh cerdik. Pada tahun 2007 ida memperoleh Grandmasternya. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda. Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai peraih ranking terbanyak. Hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

9. Willie Mosconi : Pemain bilyard professional pada usia 6 tahun

Mendapat jolokan "Tuan Pocket Billiards". Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain. Dia sering berlatih dengan pemegang penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, ia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal.

10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun, Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang jumlahnya melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan ppercintaan dan bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis.

~~~Salam 1Islam MaalHijriah Dari Destinasimu~~~



Admin Destinasimu mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam 1431.Moga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.Teruskan menyokong Destinasimu.Jazakallah.

World Top 5 Star Airplanes!!!


Air Canada Airlines
Virgin Atlantic Airlines
Etihad Airlines
Etihad Airlines
Emirates Airlines

VSAir Asia....APAKAH...HeHeHe...


Gambar Malaikat???Apakah....

Perhatikan 'Bubble' yang seperti tertulis tulisan arab.Ianya bukan titisan air hujan,silauan..


Gambar ini diterima melalui email. Saya tidak berhasrat nak mengulas dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar ini, tetapi sila baca teks yang telah disertakan.Terpulang kepada sahabat menilainya.Jika benar ianya adalah lambang kekuasaan Allah s.w.t yang abadi.

Gambar ini diceritakan sendiri pada saya oleh jurugambar yang amil gambar ini.
Dia ditugaskan oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.
Bila dilihat semula gambar ini, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......

Wallahualam. ..

PERKARA GHAIB HANYA ALLAH YANG MENGETAHUINYA.IANYA CUMA CEBISAN DARI BUKTI YANG ALLAH TUNJUKKAN.HANYA MANUSIA YANG BERFIKIR DAN BERILMU MAMPU MENGETAHUI WUJUDNYA ALAM YANG LAIN YANG TIDAK TERCAPAI AKAL FIKIRAN DAN TEKNOLOGI MANUSIA BUAT SELAMANYA HINGGA TIBANYA SAAT ITU.

Taaruf Halaqah


Alhamdulillah...

Jam 8.30pm 17 Disember 2009,berlangsungnya perjumpaan pertama Halaqah UNITEN Sesi 2009/2010 bertempat di dewan solat UNITEN.Seramai lebih 200 orang ahli Halaqah yang terdiri daripada mereka yang mengambil Islamic Studies 1 telah bertuah dipilih sebagai batch pertama menganggotai sistem Halaqah UNITEN yang insyaAllah akan berlangsung selama 5-6 semester. Aku menjadi Naqib untuk kali ketiganya.Kali pertama aku menjadi naqib adalah pada Desember 2008.Ketika itu aku menjadi Naqib Al-Quran kepada pelajar Asasi IT UNITEN.Pengalaman pertama kali menjaga Halaqah bukanlah mudah seperti yang disangkakan.Dengan pelbagai ragam dan masing-masing mempunyai kepalanya sendiri maka perlu seorang Naqib seperti ku mendalami dahulu latar belakang mereka sebelum aku menyampaikan ilmu yang ada di dada untuk disalurkan kepada mereka.

Semalam,sebagai permulaan dan sebagai langkah pertama membiasakan ahli halaqah dalam berusrah,maka taaruf dilakukan.Ianya merupakan salah satu dari rukun usrah dengan dimulai Taaruf,Tafahum dan Takaful.Taaruf dimulai dengan ummul kitab dan kemudiannya aku memberikan tugas pertama mereka dengan mendengar bacaan surah Al-A'la yang dibacakan 8 orang ahli halaqahku.Dengan setiap orang membaca antara 5-7 ayat,alhamdulillah,aku dikurniakan ahli halaqah yang lancar membaca,tidak seperti batch sebelum ini.Ada yang masih tersekat-sekat di dada mahu melafazkan satu persatu ayat Al-Quran dihadapannya.

Aku kemudian meneruskan dengan sesi bertaaruf dengan memperkenalkan nama,tahun lahir,asal,tinggal di mana,jurusan dan sekolah menengah di mana.Tak sangka,salah seorang anak usrahku adalah junior MRSM MUAR.Siapa sangka kami ditakdirkan diletakkan dalam satu kumpulan halaqah.Kemudian salah seorang darinya pula adalah jiran kawasan perumahanku iaitu Lembah Keramat.Aku tinggal di Taman Keramat.Sebenarnya kumpulan 15 (iaitu kumpulan aku) mempunyai 11 orang ahli namun yang hadir cuma 8.Berikutlah 8 orang ahli yang bertuah mendapatkanku sebagai naqibnya.HeHeHe:

1)Safwan Asnawi
2)Shahrul Nizam
3)Mohd Faiz
4)Mohd Fazli
5)Muhammad Ridhwan
6)Muhammad Safwan
7)Muhammad Sufian
8)Nasrullah

Yang tidak hadir adalah seramai 3 orang.Diharapkan mereka dapat menghadiri untuk sesi akan datang yakni khamis malam jumaat minggu hadapan.

Aku harapkan,perjalanan halaqahku dan halaqah sahabat naqib dan naqibah lain akan berjalan lancar.Bukanlah elaun yang kami kejar namun yang dikejar ialah salah satu 3 amalan yang berguna ketika tubuh dibaringkan di liang lahad bumi iaitu ilmu yang bermanfaat.Ianya merupakan salah satu daripada bekalan yang akan menerangi kubur yang gelap gelita...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari Halaqah no. 15 Universiti Tenaga Nasional


Bukti Kasih Sayang Seorang Ibu

Anakku,ibu selamatkan kamu!!!
Ya Allah,mengapa diuji anakku sedemikian.Jangan bisa kau anjing sentuh anakku!!!

Adoi sakitnya!!!
Jika haiwan yang ada otak tapi takda akal pun begitu menyayangi anaknya,apatah lagi insan mulia bernama manusia yang dikurniakan akal yang waras namun meletakkan kewarasannya di tapak kaki apabila ada yang sanggup membuang atau membunuh anaknya.Astaghfirullah...

Kalau Macam Ini Baik Duduk Penjara!!!

Salam ukwah fillah...

Seronoknya jika dapat duduk penjara dibawah kan.Lebih selesa dari duduk di hotel 3 bintang agaknya.Apakah....Mahu ramai orang Sweeden buat jahat kerana keistimewaan yang diberikan kepada pesalah yang dipenjarakan...Apakah....












TAK LEH BLAH!!!