Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Di Sebalik Tabir 1 : LaSamBa De' Malacca

Alhamdulillah...


Syukur,syukur syukur kepada-Mu ya Allah kerana mempermudahkan sesuatu yang berat untuk kami tanggung.Benarlah kata-katamu bahawasanya Allah tidak akan memberati hambanya dengan dugaan-Nya melain hamba-Nya itu mampu menanggungnya.Kini terserlah kebenaranmu.


Akhir November,tatkala 1st Gathering SAQ di Masjid UNITEN, perubahan pada aktiviti berkala dan tidak berkala SAQ menampakkan kematangannya yang begitu tinggi setelah 2 tahun bertapak di UNITEN.Di bawah kepimpinan baru iaitu Saudara Nazmie,satu persatu tingkatan penanda aras pentadbiran SAQ terserlah ke melata tanah di UNITEN.Aktiviti yang begitu mampat dan mampan memberikan peluang terbaik untuk akar umbi dan pucuk pimpinan mengasah bakat kepimpinan yang terpandam di hati kalbu masing-masing.


Terpampang nama Faiz sebagai pengarah program Rehlah ke Melaka.Pada asalnya,aku mengutarakan pandangan kepada pimpinan bahawasanya perlu diubah destinasi rehlah iaitu dari Melaka ke Cameron Highland.Namun kerana kekurangan tempat,keselamatan dan masalah mengadakan aktiviti di tempat sejuk, membantutkan usaha untuk membawa rehlah ini berkiblatkan Cameron Highland (Kiblat kita masih Mekah yer).Al-maklumlah ramai benar sudha menjejak kaki ke negeri Hang Tuah ini.Aku pun kadang-kadang mual dibuatnya. Bila difikirkan ramai lagi yang tak berpeluang merasai kehangatan di Melaka,maka diteruskan jua perancangan asalnya.


Biasalah,mana ada aktiviti tanpa kertas kerja.Perancangan asal di mana tentatifnya telah dimesyuarahkan oleh 5 orang iaitu aku,Waqar,Maryam,Faten dan Farah.Kami bersepakat untuk memberi peluang kepada adik-adik junior SAQ untuk memegang beberapa jawatan penting sebagai urusetia rehlah ini.Maka terpilihlah insan istimewa iaitu Maherah,Mawaddah,Rahimi,Asyeeqal,Ifahlina,Habsah,Syazwanie,Nazrin dan Nina.Sebagai nakhoda yang membawa bahtera rehlah,aku dipertanggungjawab untuk mengemudi rehlah ini ke satu tahap yang baru iaitu bekerjasama dalam satu kumpulan,persediaan yang awal dan berkorban untuk persatuan.


Proses menyusun tentatif tampak mudah dan dipersetujui oleh Ustaz SB pada awalnya.2 minggu masa diambil untuk menyiapkan kertas kerja setebal lebih 20 muka surat termausk bajet yang meliputi 4 muka surat.Format yang digunakan dalam kertas kerja tersebut diambil dari format kertas kerja persatuan di bawah HEP UNITEN. Ia menampakkan lebih ke arah rasmi dan professional.Sebanyak 3 kertas kerja telah dihantar dan 2 daripadanya diperbaiki dan akhirnya yang ketiga sampai jua ke tangan PPIP.Terima kasih ustaz SB kerana memperbetulkan kesilapan di dalam kertas kerja tersebut.


Dalam proses menunggu kertas kerja diluluskan, perkara lain perlu diselesaikan iaitu mencari penginapan, menempah medan ikan bakar,mencari tempat untuk lakukan khidmat masyarakat serta mencari aktiviti yang sesuai pada waktu petang sabtu.Untuk penginapan,kami mencari pelbagai tempat di Melaka melalui internet dan sudah tentunya kami mencari penginapan yang dekat dengan Bandar Hilir Melaka.Melalui internet tidak membawa apa-apa erti kepada kami melainkan kami sendiri mencarinya di Melaka.2 trip muslimin dan satu trip muslimat berlepas ke Melaka.Kebanyakkan tempat yang para peserta telah lalui LaSamBa telah pun kami para urusetia laluinya.Penginapan juga telah kami jenguk dan lihat.Segala persediaan yang kami buat mengambil pelbagai pandangan termasuklah muslimat,junior,senior dan pihak PPIP sendiri.


Tempahan boleh dibuat namun kelulusan program belum dinyatakan di atas kertas hitam dan putih.Maka nak tak nak kami perlu follow-up dengan setiap tempat aktiviti yang kami mahu lakukan setiap minggu (sebulan sebelum LaSamBa).Untuk Muhajjirin Race,kami perlu mendapatkan permit polis untuk melakukannnya dan alhamdulillah ianya berjaya.Dan jika kalian mahu ketahui,check point di Stadthuy's di mana para peserta perlu berjual beli,kami urusetia membuat surat rasmi kepada pemilik kedai tersebut untuk menggunakan kedainya sebagai tempat explorace.Begitu juga di Muzium Samudera.Tanpa surat rasmi program,maka kalian perluy membayar RM 2 seorang tetapi dengan surat tersebut,bayaran hanya RM 1 dikenakan.


Salah satu checkpoint iaitu di A'Farmosa,harap menjadi pengalaman kepada sahabat peserta apabila perlu menemuramah pelancong asing dan diajarkan bercakap dalam bahasa Melayu.Ianya berisiko kerana ditakuti dituduh menggangu ketenteraman awam dan alhamdulillah,dengan doa dan tawakkal kepadaNya,tiada yang buruk berlaku.Untuk Checkpoint di tempat Faten,salah satu tugasan untuk mendapatkan clue tempat yang seterusnya iaitu mencari tempat mengisi minyak kereta Tunku Abdul Rahman,ia sebenarnya tidak disengajakan kerana pada asalnya kami urusetia mempunyai tugasan lain untuk anda.Namun kehadiran pakcik beca berbual dengan Faten dan memperkenalkan tempat mengisi minyak kereta itu memberikan ilham kepada Faten untuk menjadikannya tugasan untuk mendapat clue checkpoint seterusnya.


Ketika mana explorace tersebut sedang dijalankan,pelbagai ragam dapat dilihat.Ada di antara sahabat kita yang masam mukanya kerana keletihan,kemudian ada yang complain kepenatan mendaki bukit ST PAUL dan ada juga yang tersesat (kononnya mencari jalan shortcut dan akhirnya menjadi longcut).Kami di pihak urusetia sangat mementingkan masa ketika explorace kerana ketidak ketepatan masa boleh menjejaskan rentak flow aktiviti tersebut.Alhamdulillah,urusetia LaSamBa sangat memberikan kerjasama dan komitmen kerja yang amat tinggi.Mana idaknya,kami melakukan mesyuarat Explorace hingga jam 2.30am pada malamnya ketika mana sahabat peserta yang lain telah nyenyak tidur dibuai mimpi yang mengasyikkan.


Aku bukan orang Melaka.Namun aku juga perlu menjadi pemandu kedua untuk pemandu bas kami.Selamatlah aku dah melakukan survey ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kompleks Anak-anak Yatim Fatimah Az-Zahrah (KAYFZ)dan MMU kalau idak mahu sesat kami dibuatnya.Sebenarnya beriadah di MMU adalah keputusan yang dibuat di minit-minit akhir atas cadangan Ustaz Dzul.Maka tugasan diberikan kepada Waqar untuk mencari pihak yang boleh dihubungi untuk beriadah di MMU.Dan 19 Januari 2010,iaitu 48 jam sebelum bertolak,kami para urusetia menerima tamparan hebat apabila Rumah Budak Laki-laki TAZ tidak dapat memenuhi permintaan kami untuk mengadakan aktiviti khidmat masyarakat atas sebab tertentu.Maka kami dengan pantasnya mencari rumah anak yatim yang lain dan dipertemukan dengan KAYFZ. Jazakallah kepada Bonda Salmah kerana memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan aktiviti di rumah anak yatimnya pada saat akhir.Jazakallah...


(Untuk sambungan,nantikan....)


0 Kesan Parut: