Hidup oh hidup...
Hidup ini satu perkara yang menakutkan bagi setiap manusia sebenarnya. Eh kenapa pula?Cuba tanya yang mempunyai alasan munasabah dalam dirinya,adakah aku hidup di dunia ini sia-sia? Tiada arah tuju aku hidup di dunia ini? Seperti ada dugaan dan cabaran perlu aku tempuhi selepas kehidupan dunia ini. Inilah yang bermain di fikiran bagi orang yang mempercayai apa itu kiamat dan mempercayai di dadanya adanya kehidupan selepas mati.
"Orang-orang yang tidak beriman menyangkut hari kiamat, meminta supaya hari itu segera didatangkan, sedangkan orang-orang yang beriman merasa takut akan
kedatangannya Mereka yakin bahwa kiamat adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat benar-benar dalamkesesatan yang jauh "
kedatangannya Mereka yakin bahwa kiamat adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat benar-benar dalamkesesatan yang jauh "
(QS Al-Syura [42]: 18).
Ngeri melihat akan dekatnya kiamat. Yang lebih mengerikan apabila melihat manusia yang tiada arah tuju hidupnya hatta sebelum kiamat itu datang di depan mata mereka. Lihatlah dihadapan matamu wahai manusia,kemusnahan yang kamu bawa pada bumi,makhluk Allah. Namun manusia hanya melihat kemusnahan dari segi material semata-mata. Kehancuran tanah,kotornya air dan udara,manusia bagaikan angkuh bahawasanya dunia ini miliknya. Tidak tahukah mereka,manusia menjadi penumpang bersama-sama makhluk Allah (haiwan dan tumbuhan) yang lain? Cuma kelebihan diberikan oleh Allah adalah akal yang boleh memandu nafsu dan hati merekia menjadi khalifah yang mulia di muka bumi. Namun tindak tanduk manusia yang mempertuhankan nafsu menjadi mereka sehina-hina makhluk Allah S.W.T.
Kerosakan yang paling menakutkan yang manusia banyak tidak sedar adalah robeknya akhlak dan rohani yang mulia di kalangan hati-hati manusia itu. Lihat sahaja di sekeliling mu,maksiat yang berlaku menjadi bahan tontonan yang biasa sahaja saban hari. Manusia tidak lagi berasa takut akan dosa yang dilakukannya. Bahkan menjadi kebanggan apabila berpeleseran dengan dosa besarnya. Usah kamu pergi jauh,lihat sahaja ahli keluargamu,berapa ramai yang masih menjadi pengamal ajaran Islam,bukannya berapa ramaikan yang masih menganut Islam. Menganut dan mengamal adalah 2 perkara yang berbeza mengikut firasatku. Ramai di dunia menganut agama triniti iaitu Kristian namun berapa kerat yang mengamalkan ajaran Paul (Kristian) dalam kehidupan mereka? Ramai yang telah lari dari agamanya dan hanya Kristian pada nama.
Hal sedemikian berlaku juga kepada mereka yang bergelar Muslim. Menganut sahaja tidak membawa apa-apa makna. Namanya sedap benar seperto Muhammad,Hasanah,Salida dan sebagainya namun nama-nama ini yang sepatutnya indah di dalam pengertian Islam menepek kekotoran di wajah suci agama Allah ini. Tanpa segan silu, penganut Islam kini lebih berbangga kepada status Islamnya di kad pengenalan tetapi habuk pada pengamalannya. Yang lebih teruk lebih berani menggunakan luarannya Islam namun dihatinya tiada lagi Allah yang Esa. Dipermainkan hijab dan serban untuk menyembunyikan identiti murtadnya di mata umat Islam.
Iman tidak dilihat melalui pemakaiannya mahupun ilmu yang dimilikinya tanpa pengamalan. Ramai yang belajar agama di tanah air mahupun di luar namun ramai yang hanyut. Menuntut perjuangan nabi dan sahabat bagai nak rak namun bila kembali ke tanah air atau kembali ke kampung halaman,terus menjadi pengecut yang tidak berani bersuara memperbetulkan keadaan. Malah ada yang sama-sama bergelumang dengan dosa bersama-sama rakan sekular mereka. Punah harapan bangsa dan agama memiliki pewaris nabi yang menuntut di seberang laut yang diharapkan untuk menjadi penegak agama namun sebaliknya berlaku.
Ramai yang tidak sedar,dosa yang kita siramkan pada jasad samada sedar atau tidak akan menjadi perfume busuk pada diri kita. Samalah seperti diri kita yang berpeluh,sudah tentu busuk bau badan. Namun setelah kering peluh,nyaman rasanya tanpa ada rasa bahawa yang nyaman itu hanya sementara tetapi hakikatnya masih berbau busuk. Perlu disirami dengan air mandian dan wangian untuk kembali kepada yang suci bersih. Hakikat kehidupan manusia sama seperti itu. Peluh adalah dosanya.Setelah melakukan dosa,ramai manusia tidak sedar dna berbangga serta merasa selesa dengan apa dilakukannya walhal dia terus bergelumang dengan kemaksiatan. Perlu taubat yakni mandian dan wangian untuk membersihkan tubuh badan yang kotor tadi. Allah memaafkan kesalahan hamba-Nya dengan syarat makhluknya itu tidak melampaui batas dengan syirik kepadaNya. Dosa syirik tidak akan diampun oleh-Nya.
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan lelaki di dunia dan di akhirat. Mahu mencarinya adalah seperti mencari sebutir pasir dalam timbunan beras 10kg. Sukar dan amat sukar. Yang banyaknya adalah wanita yang menimbulkan fitnah di dunia ini. Lihat sahaja sabda Rasulullah S.A.W:
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”
Bila dihayati hadis sahih di atas,tercatat beberapa amalan yang menjadikan neraka gemar meratah daging perempuan yang jahat. Salah satunya adalah Isteri yang derhaka pada suaminya. Derhaka dari segi apa? Tidak mentaati perintah suaminya yang baik serta tidak berterima kasih kepada suami. Selain itu memburukkan suami kepada orang lain. Sepatutnya si isteri itu menjadi penyimpan mohor besar suaminya namun sebaliknya berlaku. Mulutnya yang sengaja menempah neraka menceritakan hal rumah tangganya kepada orang lain . Lihat sekarang, berapa ramai perempuan yang bergelar isteri curang serta derhaka pada suaminya. Isteri yang curang dan main kayu tiga di belakang suaminya tidak berpeluang langsung mencium bau syurga. Syurga bagi seorang suami adalah ibunya dan syurga bagi seorang isteri adalah keredhaan suaminya.Ingatlah...
Sampai bila manusia perlu tunduk pada bisikan iblis laknatullah serta segala bala tenteranya? Manusia yang menjadi penganut agama Islam pun ramai yang mabuk dengan keenakkan hidup dunia pun menjadi bala tentera si Iblis,apatah lagi mereka yang kafir. Makin hancurlah bumi apabila iman tidak dijadikan jantung dalam mengepam seluruh kebaikan yang terdapat di atas muka bumi Allah ini. Ku berpesan untuk diriku dan sahabat sekalian ,renunglah tanganmu,telah dicop 99 Nama Allah.Kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Jika kita tak sanggup memegang bara api,tetapi setiap tanduk kita di dunia ini seperti berani menjadi bahan bakar di Jahannam kelak? Fikirkanlah destinasi hidupmu wahai sahabat sekalian.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan