Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Mengenal Diri dalam 360 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



360 bukan satu angka yang sikit bagi insan yang perlu bermuhasabah dirinya. Tempoh itu, hatinya perit tetapi kerana tugasan yang berat dipikulnya beserta semangat setiakawan dan setia berkhidmat, perlunya dia bangun kembali setelah jatuh sejatuh-jatuhnya 360 jam yang lalu.

Menghadapi situasi yang penuh berliku dalam tempoh itu,mengajar aku satu perkara. Tiada siapa yang sempurna melainkan zat illahi dan tiada siapa yang hebat memimpin melainkan Rasulullah S.A.W. Seorang insan melakukan kesilapan namun bukan disengajakan. Berniatkan hati ikhlas untuk perbaiki hubungan yang keruh akan tetapi nasib tidak menyebelahinya sehingga merosakkan kejernihan air yang telah lama mengalir.

Tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah. Hakikat kehidupan setiap orang ada masanya di atas dan ada masanya dibawah. Tiada yang kekal diatas melainkan zat Allah S.W.T. Aku jatuh terpelosok ke bawah kemudian aku perlu bangkit semula. Diterima atau tidak,aku tetap lakukan kerana mahukan yang terbaik dariku untuk jemaahku. Aku bukan agamawan namun ku ada cara ku yang ku terus perbaiki untuk naikkan nama Islam itu lebih hebat dan gah. Sesungguhnya tiada yang lebih tinggi melainkan Islam itu sendiri.

Seminggu dari entri ini,saat dinanti oleh aku dan pasukanku yakni LaSamBa De' Malacca. Program santai tapi penuh dengan pengisian bermanfaat disediakan kepada peserta. Sebagai kapten (Pengarah) yang memandu bahtera pimpinan program,aku pohon maaf kekurangan diri ini yang masih jauh dari kemampuan sebenar diriku untuk memimpin kelompok yang lebih besar. Aku juga manusia biasa yang tidak bisa lari dari masalah dan konflik diri.

Sahabat,jazakallah kepada yang bertalu-talu bertanyakan khabar blog kerdil ini. Insan ini terharu dengan sokongan kalian. Diikutkan telah terkubur namun aku bangkit bersama warkah blog ini untuk memenuhi kotak pemikiran dan ilmu kalian dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang mencakupi pelbagai bidang. Cuma aku juga seorang pelajar yang sibuk dengan hal akademik, maka tidak semuanya hadir dari minda ku. Banyak juga bersumberkan laman yang lain.Harap kalian mengerti.


Aku sekarang bebas dari belenggu kesedihan (buat masa kini). Aku berharap keadaan kembali ke asal. Aku mengenali diriku. Akulah golongan External yang berkata dulu sebelum berfikir.AKu bukan dari golongan Internal yang berfikir sebelum berkata.Itu kelemahanku yang perlu aku sedaya upaya perbaiki.Sokongan dan kefahaman sesama kita amat diperlukan agar jemaah kita yang membawa nama Islam ini terus gah dimata penganut agama lain.AMin.....

0 Kesan Parut: