Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Malang Tak Berbau Di UNITEN


Menjadi saksi kerakusan manusia yang melampui batas

Assalamualaikum...


Kaki saat ini sedang bergelut dengan tarikan otot-ototku yang sudah lama tidak ditegangkan dengan beriadah. Walaupun tidak ramai ,namun semangat ukhwah yang terjalin membina satu ikatan semangat berpasukan yang hebat. Bersukanlah sekadar bersederhana dan jangan melampaui batas.


Apabila ditaipkan perkataan melampaui batas,itulah hakihat kehidupan manusia yang selalu melampaui akhlak dirinya dengan melakukan sesuatu perkara yang diluar batasan norma-norma kehidupan manusia biasa. Firman Allah S.W.T:

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al-'An`ām 6:116)

Al-kisahnya berlaku perkara tragis pada kakitangan UNITEN yang mencari nafkah dan yang sanggup bersengkang mata dinihari dengan bekerja pada sebelah malamnya. Menjadi seorang pengawal keselamatan merupakan pekerjaan nafkah halal yang berisiko tinggi. Risiko apa yang menimpa golongan ini? Beginilah kisahnya dan insya-Allah ianya bersumberkan dari sumber yang hampir tepat:

"Pada jam 3.00am 16/1/2010, seorang pengawal keselamatan melakukan rondaan dan apabila melalui kawasan letak kereta di Mini Stadium, maka disyaki sebuah kereta yang diletakkan dalam keadaan yang mencurigakan. Maka pengawal tersebut menghampiri kenderaan tersebut dan didapati dua orang insan yang tidak takut pada dosa melakukan maksiat dalam keadaan yang amat memalukan. Tragisnya sebangsa dengannya. Maka diminta ID pelajar. Namun apabila sifat kemanusiaan melampui batas maka tidak diendahkan permintaan pengawal tersebut dan terus memecut kereta sepantas mungkin untuk keluar dari UNITEN.

Pada masa yang sama,pengawal tersebut menghubungi rakannya yang sedang bertugas di pintu utama untuk menutup pintu utama agar dapat dikepung kenderaan tersebut. Dan takdir Allah menentukan segalanya. Tiada siapa mampu menahan takdir-Nya. Saat ketika rakannya sedang menutup pintu,ketika itu jugalah kereta tersebut tiba dengan laju dan terbabas melanggar rakan pengawal tersebut seterusnya melanggar pintu utama UNITEN. Kecederaan yang dialami oleh mangsa sangat teruk dan kini dalam keadaan koma di HKL (masih koma ketika artikel ini ditulis).

Akhirnya 2 orang pelajar 'syaitan' itu berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Apakah dosanya mangsa hingga dilanggar sedemikian kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawal keselamatan? Mengapa tergamak pelajar itu melanggar orang yang bersama-sama berada di bawah naungan UNITEN? Biarlah mahkamah pengadilan dunia dan akhirat menentukan tindak tanduk mereka yang melampaui batas."

Moga kisah benar di atas menjadi pengajaran bagi kita semua. Janganlah melampui batas. Nasihat berguna benar buatku dan buat yang menatap blog kerdil ini. Salam ukhwah fillah dan mari mendoakan kesejahteraan mangsa dunia dan akhirat.Allah hu Akhbar!!! 

0 Kesan Parut: