Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Monopoli di UPTEN dan COE Foodcourt

Assalamualaikum....

Berita ini dikhabarkan oleh beberapa sahabat UNITEN yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu yang menghidupkan budaya monopoli di UNITEN apabila bertapaknya kiosk minuman khas di UPTEN dan Foodcourt.

Asalnya sebelum dibina lot gerai minuman ini,semua gerai makanan dan minuman sedia ada di UPTEN dan CEO Foodcourt diberi hak menjual air dan makanan.Namun sejak bermulanya semester baru ini,sudah terdengar berita yang kurang enak dari sistem yang diperkenalkan ini.Antara yang khabar indah dari rupa adalah:

  • Kenaikan harga makanan di kebanyakan gerai sedia ada kerana terpaksa memastikan perolehan pendapatan seperti sebelumnya agar tidak merosot akibat tiada penjualan air minuman.Kuih-muih dari 3 biji rm 1 telah naik kepada RM0.40 sebiji kuih.
  • Harga minuman yang dijual di Kiosk Minuman tersebut juga adalah lebih mahal dari biasa.Jika dahulu di Tropic air tebunya RM 1.00 kini air dijual di kioask tersebut mencecah RM 2.00,harga biasa apabila dijual di Alamanda dan sebagainya.
  • Tidak effisyen kerana mengambil masa pelanggan untuk melakukan 2 kerja yang sepatutnya boleh dijadikan satu kerja.Perlu beratur membeli makanan kemudian perlu membeli air di tempat yang lain.

Maka saya tidak bersetuju kerana terdapatnya sistem monopoli di sini apabila kedai makanan sedia ada tidak diberi peluang untuk menjual air minuman kepada pelanggannya.Monopoli membunuh pesaingan sihat dalam perniagaan!!!Juga membunuh ekonomi pelanggan yang terdiri pelajar UNITEN yang rata-ratanya tidak punyai wang cukup untuk kehidupan yang mewah...


0 Kesan Parut: