Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Di Sebalik Malam Kesenian Islam UNITEN


Artikel ini khas ditujukan kepada semua yang terlibat dengan MKI samada urusetia mahupun penonton

Sebenarnya MKI telah memberi satu maksud mendalam buat diriku.Mengenal apa itu ertinya berusaha,berdoa dan bertawakal kepadaNya sehingga ke saat titisan usaha yang terakhir.MKI memberi satu erti usaha yang mencapai ke tahap tertinggi sebagai salah seorang tenaga penggerak utamanya.Terima kasih MKI...

Pelbagai pancaroba ditempuhi.Dari kecil hinggalah sebesar-besarnya.Ketika mana MKI mahu dilaksanakan pada bulan febuari 2010 yang lalu,ianya terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan terutamanya dari segi bajet.Sebuah acara konsert artis julung kali diadakan di UNITEN yang diusahakan oleh pelajar UNITEN sendiri benar-benar diuji ketika itu apabila pelan perancangan telah pun siap hampir 60% namun kerana wang dan masa,pihak penganjur terpaksa menelan pahit dan getir menerima takdir bahawa MKI ditunda pada masa yang tak ditetapkan.

3 bulan ianya menyepi.Sudah ada beberapa biro yang telah berputus asa.Sebagai insan yang dipertanggungjawab besar dalam menyediakan tentatif terperinci serta flow perjalanan program pada malam MKI,aku tidak nampak kejayaan menganjurkan MKI apabila tuan pengarah mengumumkan tarikh baru MKI iaitu pada awal bulan Julai 2010.Mesej berbunyi dengan bajet RM 2500, MKI masih boleh dijalankan. Aku mengatakan,ianya amat mustahil dan perlu dicari alternatif lain.Ianya dipersetujui oleh Waqar sebagai pengarah program.

Seminggu sebelum bermulanya semester baru,aku dikejutkan dengan mesej baru dari pengarah bahawa bajet MKI insyaAllah amat mencukupi walaupun akan membawa nama-nama besar artis tanah air seperti Yasin,Akbar,Nazrey Johani dan Halim Yazid.Berapakah nilainya?8 kali ganda dari bajet kecil yang dinyatakan sebelum ini.Dengan pantasnya,HICOM MKI mengemaskini kertas kerja untuk mendapatkan pengesahan bajet besar yang kami pohon.Dan lagi sekali kami diuji,perancangan serta bajet terperinci yang kami kemukakan masih dipotong dan menjadikan bajet yang kami perolehi tidak mencech separuh pun nilai bajet kali kedua yang kami minta.Apakah ini menandakan MKI akan dikuburkan sekali lagi?

Sebagai sebuah kelab di bawah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN, umur Sahabat Al-Quran sangat muda dan diantara yang termuda untuk kelab dan persatuan yang ditubuhkan di UNITEN.Ditubuhkan pada separuh akhir 2007,asalnya SAQ hanyalah sebuah platform untuk mengajar pelajar ISL mengaji AL-Quran dan di mana ahli SAQ adalah mereka yang fasih mengaji Al-Quran.Perkembangan demi perkembangan dibangunkan dari dalam dan luar diri insan yang menggerakkan SAQ.Bermulanya zaman pemerintahan presedin baru iaitu Saudara Nazmie yang menggantikan Abang Lukman,perubahan besar telah dilakukan namun tidak melupakan objektif asal menubuhannya.Kami di SAQ telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti yang boleh dianggap suatu yang biasa dilakukan oleh persatuan mahupun kelab di luar sana. Mukhayyam (perkhemahan) di Kuala Linggi Melaka,Jawlah (kembara) di Pantai Timur dan Utara, LaSamBa (lawatan sambil belajar) ke Melaka,XTVT sukan di hujung minggu seperti renang dan bola sepak serta riadah seperti menaiki gunung,basikal di Putrajaya dan lain-lain menunjukkan kami juga mengimbangkan keperluan rohani dan jasadi.Setiap aktiviti tersebut pasti dan pasti diisi dengan ilmu agama yang bermanfaat.

Dan berbalik kepada MKI,MKI merupakan satu platfom paling mencabar setakat ini setelah SAQ jayanya telah diamanahkan oleh UNITEN/TNB dan Yayasan FELDA untuk menjadi Urusetia dan Fasilitator untuk Kem Motivasi Perdana FELDA-UNITEN 2009 dan 2010.MKI adalah program yang sangat mencabar buat kami.Kerana apa?Ia melibatkan nama baik UNITEN,Masjid UNITEN dan paling penting staff PPIP terutamanya para ustaz dan ustazah yang begitu banyak memberi sokongan moral dan material untuk membantu kami menjayakannya.Syukran yang amat kami ucapkan.

Dan beberapa hari sebelum malam kejadian,kami urusetia menjadi manusia yang amat sibuk di masjid UNITEN kerana di masjid inilah menjadi markas kami menjalankan tugasan sebelum berlangsungnya MKI. Pejabat PPIP bagaikan rumah kedua kami. Sejurus habis kuliah,tanpa memikirkan kepenatan,kami menebalkan saki baki usaha kami untuk MKI yang tercinta ini.Rehearsal dijalankan pada khamis malam jumaat dan seterusnya pada petang jumaat iaitu 5 jam sebelum bermulanya konsert pada jam 8.30pm.Kebanyakkan artis telah tiba di DSS pada jam 5pm untuk mencuba PA sistem yang kami bawa dari syarikat luar untuk memberi kepuasan efek bunyi dan muzik kepada para penonton.Dan pada jam 7.30pm, semua urusetia dan usher telah berada di DSS untuk menyambut kedatangan penonton.

Awalnya suram.Memang suram benar.Jam 7.45pm-8.15pm, kehadiran sangat lesu.Tidak sampai 100 orang telah hadir walhal kerusi yang disediakan 1500 orang.Atas sebab itu,kuasa yang diberikan kepada ku iaitu sebagai Stage Manager/Ketua Biro Program,aku melanjutkan permulaan konsert dari jam 8.15pm kepada 8.30pm.Lagi satu masalah yang ku hadapi,artis pertama ALGEBRA baru selesai solat maka mereka perlu masa untuk bersiap di bilik artis dan menyusun instrumen muzik di belakang layar.Maka untuk mengelakkan kelompongan antara slot satu iaitu bacaan Quran dan ALGEBRA,maka kali terakhirnya aku bersama biro program bersetuju melewatkan permulaan konsert ke jam 8.45pm.Dan saat ini,bila ku intai kerusi penonton di sebalik layar pentas,telah lebih separuh kerusi telah dipenuhi atau lebih 700 orang telah hadir.Ini sudah cukup bagiku.Alhamdulillah.

Dan bermulalah konsert MKI yang penuh bersejarah buat SAQ dan PPIP.Sebelum jam 10pm,kehadiran penonton telah mencapai ke maksimum apabila lebih 1500 orang hadir sehinggakan sebilangan kecil penonton perlu naik ke atas untuk duduk di bahagian atas dewan.Jazakallah yang banyak buat mereka yang terbuka hatinya untuk menerma hiburan baru yang bercirikan islamik di UNITEN.Satu persatu slot telah berjaya dijalankan.Kerjasama dari Maryam,Asyeqal,Najwa,Iqbal dan Maherah sebagai biro programku sangat ku kagumi.Mereka begitu komited dalam tugasan yang diberikan.Begitu juga Dash dan Pae sebagai biro protokol yang menjaga masa serta banyak mengingatkan ku tempoh masa yang tercatat dalam buku program. Kepada semua urusetia yang bertungkus lumus menjayakan MKI,usaha anda amat besar nilainya di sisi Allah,para ustaz-ustazah dan UNITEN dalam mengembangkan cara dakwah di bumi UNITEN yang tercinta ini.Tidak ku lupa juga para usher yang begitu semangat menjalankan tugas mereka.Senyuman mereka menyambut para tetamu masih tergambar di fikiranku.

Lastly,buat Waqar Hamman dan Nazmie,anda berdua adalah dua insan pencetus awal idea MKI dijalankan pada tarikh 16 Julai 2010.Usaha anda amat berbaloi hinggalah maklum balas dari penonton VVIP hinggalah pelajar serta orang luar sangat positif.Prof Zamri (DEAN COE) mengucapkan well done di Facebook manakala pak Arip (Dean IKAL) mengatakan majlis ini amat berjaya dan tidak percaya pelajar UNITEN mampu melakukannya.Yang paling penting,keluargaku hadir dalam memberi sokongan anaknya yang ditugaskan menjadi Stage Manager pada malam itu mengatakan,program ini sangat berjaya dan menghiburkan.Alhamdulillah.Kepada mereka yang mempromosikan MKI di blog-blog dan mulut ke mulut,kami urusetia MKI mengucapkan jutaan terima kasih dalam menjadikan MKI malam yang berjaya dengan kehadiran lebih 1500 penonton.Manakala yang hadir pada malam itu,maka mengertilah kita bahawasanya Islam tak menghalang kita dari berhibur namun berhibur dengan cara yang dibenarkan.2 Tagline MKI iaitu Islam dan Kesenian serta Ini Hiburan Baru,Ini Baru Hiburan membuktikan Islam itu sangat mudah dipraktikan oleh sesiapa jua.Cuma tanya diri sendiri,kita mahu lakukkannya atau tidak.

Jika tiada aral melintang,ketemu jua MKI Edisi 2011 dimana kami bercita-cita besar membawa Maher Zain ke UNITEN~~~Amin ya Allah...

0 Kesan Parut: