Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Kesian tengok sahabatku ini...

Assalamualaikum...

Artikel ini ditulis merujuk kepada salah sebuah artikel yang ditulis oleh sahabat yang menulis tajuk yang kontra dengan apa yang aku tulis ini.

Hakikatnya,dia tidak tahu realitinya.Al maklumlah dia ini digelapkan dengan media perdana maka tidak tahu membandingkan antara yang hak dan batil dengan kewarasannya.Bacalah dan dapatkanlah pandangan dua-dua belah pihak.

Kisahnya,pihak berkuasa dulu dan kini tampak sama sahaja.Kisah ini dibukakan oleh salah seorang bekas koperal dalam salah satu unit bersenjata di Malaysia.Bekas koperal ini menceritakan kepadaku bagaimana kehancuran kehidupan anggota keselamatan Malaysia sejak era 1970an hingga sekarang.

Beliau merupakan bekas anggota semboyan pada era 70-an dan merupakan salah seorang koperal yang dikenali dalam unitnya ketika itu.Dalam banyak kesesatan,beliau merupakan salah seorang yang diselamatkan oleh Allah agar tidak tergolong dalam golongan manusia yang di dalam kerugian.

Ketika berkhidmat salam pasukan bersenjata,akhlak kebanyakan anggotanya hancur(bukan kesemuanya).Perempuan,Judi dan arak menjadi sebahagian hidup mereka.Solat dan rukun Islam yang 5 bagaimana?Kalian sudah tentu dapat menekanya.


Hakikatnya,anak yang dilahirkan oleh golongan dan spesis lalai dan alpa ini akan dinampakkan oleh Allah kepada bapa mereka setelah si bapa sudah tua.Anak-anak dari darah daging yang hitam ini akan menunjukkan akhlak yang buruk dan tidak baik.Jika dilahirkan sekitar era 70an,maka 2010 mereka telah berumur 40 tahun.Cucu mereka pula telah pun ada memasuki sekolah menengah.Bagaimana akhlak pelajar menengah sekarang?Nauzubillah...

Tidak kisahlah mereka itu anggota bersenjata atau lainnya,zaman 60-an hingga sekarang adalah proses kehancuran bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.Jika zaman 60-an digila-gilakan dengan pop-ye ye dan filem Melayu P.Ramlee yang begitu bebas maka sudah tentu makin teruk jadinya pada zaman ini kerana masa itulah zaman muda atuk-nenek kepada anak-anak di sekolah rendah dan menengah sekarang.

Kes berat seperti aminulrashid perlu dilihat dari perspektif lain.Pihak polis tidak diberi kuasa untuk menembak sesuka hati walaupun ianya suspek kerana jika suspek tidak menyerang balas atau membahayakan keadaan anggota keselamatan,mengapa perlu membabi buta dan bertindak bagaikan orang buta menembak anak orang yang sama bangsa dengannya?Inilah yang dikatakan "Harapkan pagar,pagar makan padi".

Aku sendiri pernah beberapa kali berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak keselamatan ini namun urusan tersebut banyak tergendala kerana banyak karenahnya.Satu pihak cakap lain dan pihak lain memberi jawapan yang lain.Tiada jalan penyelesaian dibuatnya.

Tambahlah berapa banyak pun anggota keselamatan namun indeks jenayah tetap banyak kerana ilmu agama yang diberikan kepada rakyat amat cetek.Hiburan melampau-lampau diagungkan dan ini semua agenda Yahudi Zionis dalam menghancurkan seluruh umat manusia yang bukan sebangsa dengannya.Tidak perlu dibangkitkan isu pendidikan seks namun apa yang perli disedarkan adalah ilmu agama yang mantap dari segi teorinya dan praktikalnya.Ajar pada anak kita cara bergaul dengan lelaki dan perempuan menurut Islam,kawal pergerakan anak-anak dan jadikan hubungan antara keluarga lebih akrab.Perkara inilah telah makin luput di fikiran ayah,ibu dan anak-anak.

Maaflah jika ada sesiapa yang terasa namun aku tak tujukan kepada sesiapa.Tulisan ini untuk kebaikan dan renungan semua....Asif Jiddan...


0 Kesan Parut: