Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Charlie Angle Muslimah UNITEN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga aku coretkan lagi satu artikel mengenai kehidupan harian aku di UNITEN.Kepada sahabatku di luar sana,aku pinta maaf sangat-sangat kerana masa yang begitu padat membuatkan aku tidak punyai masa untuk bersama-sama memeriahkan dunia blog yang main hari main hebat dan gah.Aku ingat lagi ada sahabatku mengatakan aku ini buat blog macam hangat-hangat tahi ayam je.Iyalah dahulu aku ada blog di wordpress tetapi aku hanya aktif dalam dunia blog untuk wordpress hanya 2 bulan kemudia terus senyap.Aku kurang berminat guna Wordpress kerana kalau hendak author blog adalah limited manakala di blogspot ni macam unlimited je.Samada tahu atau tak je nak renovate blog ini.Aku memang suka menulis tetapi dengan syarat aku punyai masa mencukupi,ada topik menarik dan ada juga sokongan dan permintaan dari sahabat mahupun pembaca.InsyaAllah sudah tentu aku tidak menghampakan kalian.

Baiklah,apa kaitannya dengan Charlie Angle UNITEN seperti mana tajuk di atas?Kalau sesiapa yang penah tengok atau menonton filem Charlie Angle,ada 3 orang gadis (bukan gadis dah kot) yang menjadi perwira menyelamatkan keadaan.Mereka menempuh ranjau bersama dan dapat menewaskan musuh dengan semangat yang mereka ada.Actually aku pun dan lupa macam mana jalan ceritanya.Tetapi kalau sahabat nak tahu,di UNITEN tempat aku sedang menuntut ilmu sekarang,ada juga yang boleh aku gelarkan sebagai Charlie Angle UNITEN.Tetapi yang ini muslimah yang baik dan kuat semangat orangnya.Mengapa aku kata demikian?Jika di UNITEN ada seorang muslimah yang aku kagumi semangat jihadnya untuk Persatuan Pengajian Islam.Tetapi di UNITEN terdapat juga sekumpulan muslimah juga dari PPI yang berjuang untuk PPI walaupun mereka serba kekurangan.Bukan aku katakan di sini muslimah yang lain tidak berjuang.Ya semuanya berjuang kerana Allah.Charlie Angle PPI Uniten ini aku rasa boleh aku berikan pada mereka kerana ciri-ciri berikut yang mereka miliki:

  1. Dua dari tiganya sudah tidak mempunyai ayah yang tercinta.Hanya mempunyai ibu dan adik beradik sebagai tempat mengadu dan bermanja.
  2. Mereka hidup dalam serba sederhana.Ada sifat zuhud dalam diri 3 muslimah ini.
  3. Salah seorangnya pula mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk.Walaupun tidak sihat tetapi dalam keperitan tersebut itu juga dia tetap melakukan tugasan yang diberikan samada tugasan persatuan mahupun tugasan kuliah.
  4. Alhamdulillah setakat ini,ketika aku bersua dengan mereka,mereka kelihatan ceria. Mereka tidak menunjukkan tanda-tanda kesedihan atau kesakitan yang ditempuhi. Mereka mahu memberikan semua komitmen yang mereka ada untuk orang lain.
  5. Selepas satu program mereka terus bekerja untuk program seterusnya.Menjadi AJK mahupun urusetia yang setia untuk PPI.Jika orang lain akan memberikan alasan kerja kuliah banyak tetapi mereka menerimanya kerana Allah.
  6. Sangat senang bekerja dengan mereka tanpa mendengar keluhan dari mulut mereka.Mereka menerima dengan hati terbuka.
  7. Salah seorangnya tiada laptop untuk melakukan tugasan yang menggunakan teknologi tersebut tetapi masih boleh berusaha mencarinya seperti meminjam atau ke makmal komputer untuk menyiapkan tugasab tersebut.
  8. Ke mana sahaja mereka pergi,pasti ada mereka bertiga.Sahabat yang sejati.
Niat aku bukanlah untuk memuji mereka semata-mata tetapi aku rasa inilah penghargaan peribadi aku kepada mereka bertiga di dalam Blog Destinasimu ini.Aku ingat lagi salah seorangnya berkata padaku "Faiz,saya sakit masa Serikandi tapi semangat2 berkorban2 + rindu sangat2 pada aktiviti PPI".Aku tergumam mendengar ayat yang kuar dari muslimah ini.Walaupun fizikalnya kecil tetapi semangat dalam hatinya mengalahkan ramai adam yang alpa di luar sana.Tahniah aku ucapkan pada mereka bertiga.Moga Allah rahmati kalian.Dan moga pengorbanan kalian pada PPI dan agamaNya akan di balas oleh Allah dengan Jannahnya dan aku doakan kalian semua menjadi ketua pada bidadari di syurgaNya kelak.Amin..Teruskan usahamu dan jangan lupa kita berjihad belajar dan berpersatuan.Biarlah kedua-duanya seimbang.Doaku mengiringi Charlie Angle Muslimah UNITEN ini:

  • **i*a*
  • *ar*h
  • *a*na*

Nukilan Perhargaan Peribadi,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...



0 Kesan Parut: