Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Selepas Solat Jumaat Tadi

Assalamualaikum sahabat yang dirindui..sebenarnya tiada apa topik yang aku mahu perkatakan di sini cuma aku dan sahabatku Lukman Pathii berasa beruntung kerana sebentar tadi,aku dan dia dijemput ke majlis makan bersama Staff Masjid Uniten dan Aman Palestin di Bilik Mesyuarat masjid.Makanan yang disediakan amat menyelerakan.Aku masih terpikir keadaan umat Islam di sana.Aku was was untuk bersama dalam majlis makan itu tetapi telah dijemput oleh Abang Luqman untuk makan bersama.Apabila aku melangkah masuk,duduk didepanku adalah 2 orang penting dalam UNITEN.Yang pertamanya adalah Timbalan Naib Canselor Akademik Professor Dr Ir Ibrahim dan keduanya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yakni Profesoor Ghazali Abod. Mulanya aku mahu menjamah makanan di kerusi hujung tetapi dijemput oleh mereka berdua untuk bersama para Ustaz-ustaz Masjid Uniten dan staf masjid.Terasa terharu aku dijemput sedemikian.Siapalah aku dibandingkan jawatan mereka di Uniten.Ustaz Dzul berkata pada mereka "Dia segan kerana Tok Guru dia ada kat sini".Memang benar apa yang disampaikan oleh Ustaz Dzul.Sebelah kiriku adalah Ustaz Adnan,pensyarah ISLB ku Sem lepas manakala kananku adalah Ustaz Aziz,pensyarah ISLBKU Sem sebelumnya.Di depanku adalah 2 orang Timbalan Naib Canselor tadi.Tak pernah aku gambarkan makan bersama mereka.Itulah yang dinamakan rezeki...Alhamdulillah...

0 Kesan Parut: