Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan

Ngeri dan Menakutkan

Hidup oh hidup...


Hidup ini satu perkara yang menakutkan bagi setiap manusia sebenarnya. Eh kenapa pula?Cuba tanya yang mempunyai alasan munasabah dalam dirinya,adakah aku hidup di dunia ini sia-sia? Tiada arah tuju aku hidup di dunia ini? Seperti ada dugaan dan cabaran perlu aku tempuhi selepas kehidupan dunia ini. Inilah yang bermain di fikiran bagi orang yang mempercayai apa itu kiamat dan mempercayai di dadanya adanya kehidupan selepas mati.

"Orang-orang yang tidak beriman menyangkut hari kiamat, meminta supaya hari itu segera didatangkan, sedangkan orang-orang yang beriman merasa takut akan
  kedatangannya Mereka yakin bahwa kiamat adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat benar-benar dalamkesesatan yang jauh "

(QS Al-Syura [42]: 18).
 


Ngeri melihat akan dekatnya kiamat. Yang lebih mengerikan apabila melihat manusia yang tiada arah tuju hidupnya hatta sebelum kiamat itu datang di depan mata mereka. Lihatlah dihadapan matamu wahai manusia,kemusnahan yang kamu bawa pada bumi,makhluk Allah. Namun manusia hanya melihat kemusnahan dari segi material semata-mata. Kehancuran tanah,kotornya air dan udara,manusia bagaikan angkuh bahawasanya dunia ini miliknya. Tidak tahukah mereka,manusia menjadi penumpang bersama-sama makhluk Allah (haiwan dan tumbuhan) yang lain? Cuma kelebihan diberikan oleh Allah adalah akal yang boleh memandu nafsu dan hati merekia menjadi khalifah yang mulia di muka bumi. Namun tindak tanduk manusia yang mempertuhankan nafsu menjadi mereka sehina-hina makhluk Allah S.W.T.


Kerosakan yang paling menakutkan yang manusia banyak tidak sedar adalah robeknya akhlak dan rohani yang mulia di kalangan hati-hati manusia itu. Lihat sahaja di sekeliling mu,maksiat yang berlaku menjadi bahan tontonan yang biasa sahaja saban hari. Manusia tidak lagi berasa takut akan dosa yang dilakukannya. Bahkan menjadi kebanggan apabila berpeleseran dengan dosa besarnya. Usah kamu pergi jauh,lihat sahaja ahli keluargamu,berapa ramai yang masih menjadi pengamal ajaran Islam,bukannya berapa ramaikan yang masih menganut Islam. Menganut dan mengamal adalah 2 perkara yang berbeza mengikut firasatku. Ramai di dunia menganut agama triniti iaitu Kristian namun berapa kerat yang mengamalkan ajaran Paul (Kristian) dalam kehidupan mereka? Ramai yang telah lari dari agamanya dan hanya Kristian pada nama.


Hal sedemikian berlaku juga kepada mereka yang bergelar Muslim. Menganut sahaja tidak membawa apa-apa makna. Namanya sedap benar seperto Muhammad,Hasanah,Salida dan sebagainya namun nama-nama ini yang sepatutnya indah di dalam pengertian Islam menepek kekotoran di wajah suci agama Allah ini. Tanpa segan silu, penganut Islam kini lebih berbangga kepada status Islamnya di kad pengenalan tetapi habuk pada pengamalannya. Yang lebih teruk lebih berani menggunakan luarannya Islam namun dihatinya tiada lagi Allah yang Esa. Dipermainkan hijab dan serban untuk menyembunyikan identiti murtadnya di mata umat Islam.


Iman tidak dilihat melalui pemakaiannya mahupun ilmu yang dimilikinya tanpa pengamalan. Ramai yang belajar agama di tanah air mahupun di luar namun ramai yang hanyut. Menuntut perjuangan nabi dan sahabat bagai nak rak namun bila kembali ke tanah air atau kembali ke kampung halaman,terus menjadi pengecut yang tidak berani bersuara memperbetulkan keadaan. Malah ada yang sama-sama bergelumang dengan dosa bersama-sama rakan sekular mereka. Punah harapan bangsa dan agama memiliki pewaris nabi yang menuntut di seberang laut yang diharapkan untuk menjadi penegak agama namun sebaliknya berlaku.


Ramai yang tidak sedar,dosa yang kita siramkan pada jasad samada sedar atau tidak akan menjadi perfume busuk pada diri kita. Samalah seperti diri kita yang berpeluh,sudah tentu busuk bau badan. Namun setelah kering peluh,nyaman rasanya tanpa ada rasa bahawa yang nyaman itu hanya sementara tetapi hakikatnya masih berbau busuk. Perlu disirami dengan air mandian dan wangian untuk kembali kepada yang suci bersih. Hakikat kehidupan manusia sama seperti itu. Peluh adalah dosanya.Setelah melakukan dosa,ramai manusia tidak sedar dna berbangga serta merasa selesa dengan apa dilakukannya walhal dia terus bergelumang dengan kemaksiatan.  Perlu taubat yakni mandian dan wangian untuk membersihkan tubuh badan yang kotor tadi. Allah memaafkan kesalahan hamba-Nya dengan syarat makhluknya itu tidak melampaui batas dengan syirik kepadaNya. Dosa syirik tidak akan diampun oleh-Nya.


Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan lelaki di dunia dan di akhirat. Mahu mencarinya adalah seperti mencari sebutir pasir dalam timbunan beras 10kg. Sukar dan amat sukar. Yang banyaknya adalah wanita yang menimbulkan fitnah di dunia ini. Lihat sahaja sabda Rasulullah S.A.W:


Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”

Bila dihayati hadis sahih di atas,tercatat beberapa amalan yang menjadikan neraka gemar meratah daging perempuan yang jahat. Salah satunya adalah Isteri yang derhaka pada suaminya. Derhaka dari segi apa? Tidak mentaati perintah suaminya yang baik serta tidak berterima kasih kepada suami. Selain itu memburukkan suami kepada orang lain. Sepatutnya si isteri itu menjadi penyimpan mohor besar suaminya namun sebaliknya berlaku.  Mulutnya yang sengaja menempah neraka menceritakan hal rumah tangganya kepada orang lain . Lihat sekarang, berapa ramai perempuan yang bergelar isteri curang serta derhaka pada suaminya. Isteri yang curang dan main kayu tiga di belakang suaminya tidak berpeluang langsung mencium bau syurga. Syurga bagi seorang suami adalah ibunya dan syurga bagi seorang isteri adalah keredhaan suaminya.Ingatlah...


Sampai bila manusia perlu tunduk pada bisikan iblis laknatullah serta segala bala tenteranya? Manusia yang menjadi penganut agama Islam pun ramai yang mabuk dengan keenakkan hidup dunia pun menjadi bala tentera si Iblis,apatah lagi mereka yang kafir. Makin hancurlah bumi apabila iman tidak dijadikan jantung dalam mengepam seluruh kebaikan yang terdapat di atas muka bumi Allah ini. Ku berpesan untuk diriku dan sahabat sekalian ,renunglah tanganmu,telah dicop 99 Nama Allah.Kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Jika kita tak sanggup memegang bara api,tetapi setiap tanduk kita di dunia ini seperti berani menjadi bahan bakar di Jahannam kelak? Fikirkanlah destinasi hidupmu wahai sahabat sekalian.

Nilai Menyintai Rasulullah S.A.W


Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Pakaian Nabi-Nabi Allah S.W.T


Pemurah adalah sifat Nabi Ibrahim a.s.

Redha adalah sifat Nabi Ishak a.s.

Sabar adalah sifat Nabi ayyub a.s.

Isyarat adalah sifat Nabi Zakaria a.s.

Berjauhan adalah sifat Nabi Yusuf a.s.

Memakai pakaian daripada bulu adalah sifat Nabi Yahya a.s.

Mengembara adalah sifat Nabi Isa a.s.

Fakir adalah sifat Nabi Muhammad SAW.

Apakah Pakaian Kalian???

Mas Kahwin Bidadari Syurga


Hadis dari At-Tabrani: Rasulullah SAW telah bersabda:

“ابنوا المساجدَ وأخرجوا القُمَامَة منها, فمن بنى لله مسجداً بنى الله له بيتاً في الجنة”

Binalah masjid dan keluarkan sampah daripada masjid, sesiapa masjid untuk Allah akan membina Mahligai untuknya di dalam Syurga

فقال رجلٌ: يا رسول الله! وهذه المساجد التي تبنى في الطريق؟ قال: “نعم وإخراج القمامة منها مهور الحور العين”
Sahabat bertanya: Walaupun masjid masjid dibina dipertengahan jalan? Rasulullah menjawab:Ya, dan orang yang mengeluarkan sampah daripada masjid dia telah mendapat maskahwin dengan Bidadari.

4 Jenis Ibu


1)Ibu kepada Ubat adalah kurangkan makan.
2)Ibu kepada kesopanan adalah sedikit berbicara atau bercakap.
3)Ibu kepada segala ibadat adalah sedikit dosa.
4)Ibu segala cita-cita adalah sabar.

Tuhan Senantiasa Bersamamu


Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya.

Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupanny.

Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.

Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...

Kata Hikmat Tentang Bahagia


KEBAHAGIAAN

VS

KESENGSARAAN


Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).



Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( Saidina Ali Abi Talib ).



Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).



Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).



Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( Maksud hadis).



Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).



Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.


Mutiara Kata Buat Muslimah (9)


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Wasiat Rasulullah buat Ali K.A.W.


Wasiat Nabi S.A.W Kepada Saiyidina Ali K.A.W .

1. Hai Ali bagi orang yang celaka tiga alamatnya:
  • Makanan yang haram
  • Menjauhkan orang alim,
  • Menjauhkan petunjuk yang benar.
2. Hai Ali! bagi orang yang rosak akalnya tiga tandanya:
  • Merengankan yang difardukan Allah
  • banyak berkata-kata dalam berzikir Allah
  • mencela pada Allah.
3. Hai Ali bagi orang ria tiga alamatnya:
  • Menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya dalam sembahyang berserta manusia dan dikuranginya apabila sembahyang sendirian
  • Cergas terhadap orang yang memujinya.
  • Berzikir ia pada Allah ditempat orang ramai.
4. Hai Ali bagi orang munafiq tiga tandanya:
  • Apabila bercakap berbohong
  • Bila berjanji tidak ditepatinya
  • Bila diamanahkan berkianat ia, dan tidak bermanafaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang diberinya.
5. Hai Ali! bagi orang kafir tiga alamatnya:
  • Ragu pada zat Allah
  • Benci terhadap hamba Allah yang beribadat kepada Allah
  • Lalai daripada taat kepada Allah.
6. Hai Ali! bagi orang yang bertaubat tiga alamatnya:
  • Menjauhkan yang haram
  • Gemar menuntut ilmu agama
  • Tidak akan kembali berbuat dosa.

MUTIARA MUKMIN

Tersebut di dalam khabar ( Hadis ) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara sebagai ubatnya:

A. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya. B. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya. C.Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah ubatnya. D. Seluruh umur itu racunnya dan ubatnya taat itu ubatnya. E. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

A. Kasih mereka kepada hidup lupa mereka kepada mati. B. Kasih mereka kepada harta lupa mereka kepada hisap. C. Kasih mereka kepada mahligai lupa mereka kepada kubur. D. Kasih mereka kepada dunia lupa mereka kepada akhirat. E. Kasih mereka kepada makhluk lupa mereka kepada Allah.

Mutiara Kata Buat Muslimah (8)

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Mutiara Kata Buat Muslimah (7)

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Mutiara Kata Buat Muslimah (6)

Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Mutiara Kata Buat Muslimah (4)

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Mutiara Kata Buat Muslimah (3)

Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Mutiara Kata Buat Muslimah (2)

Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

Mutiara Kata Buat Muslimah (1)

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."