Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Islamic Value in World Cup 2010

Sudah ada yang keluar dan ada yang masuk, malah sudah tahu akan halangan apa yang akan dihadapi selepas ini. Antara yang keluar itu, ada yang terkeluar dengan penuh hina, ada juga keluar dengan penuh bermaruah. Begitu juga dengan yang masuk, ada yang masuk dengan penuh kebanggaan, tak lupa juga yang masuk dengan penuh kehinaan. Walau apa pun yang berlaku, seperti falsafah benda yang bulat; sekejap boleh berada di atas, sekejap boleh berada di bawah.

Mereka yang berada di luar pula ada yang tertonggeng kekecewaan, ada juga yang terloncat-loncat ala monyet begitu kegembiraan. Antara dua golongan itu, ada yang memerhati dengan rasa penuh menyampah. Masing-masing dengan fanatik. Satu kesan paling buruk kepada umat Islam pada Piala Dunia kali ini.

Saya masih ingat ketika pusingan akhir kelayakan Piala Dunia, tatkala Algeria mengalahkan Mesir, kedua-dua negara yang penuh dengan Muslim itu bergaduh dengan hebat sekali, semata-mata kerana sebiji bola. Syukur pergaduhan antara negara itu tidak berlarutan sehebat Indonesia-Malaysia kerana tidak lama selepas itu tiba bulan Ramadhan, yang mana orang Arab terkenal dengan baik budi pekertinya apabila masuk bulan Ramadhan.


Itulah antara cerita-cerita Piala Dunia yang semakin hangat sekarang ini. Jika saya ditanya tentang pendapat peribadi saya tentang Piala Dunia daripada sudut Islam dan pasukan pilihan, jawapan saya ringkas, tapi padat.
"Saya menyokong ketuanan Islam dalam Piala Dunia kali ni.Woha!"

Mungkin anda semua tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Sebelum saya jelaskan tentang maksudnya, mari kita lihat dulu senarai yang ingin saya mahu anda semua lihat dan perhatikan.




Jadi, bagi sesetengah anda, mungkin sudah faham apa yang ingin saya katakan di sini. Bagi mereka yang masih tertanya, "Apa pula yang dia merepek dengan senarai ni?" Maka ketahuilah bahawa
"Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang hal perkara umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka".

Oleh sebab itu, setelah beberapa kajian jelajah internet ini, maka saya sudah pastikan senarai pemain bola sepak yang membintangi Piala Dunia pada kali ini. Maklumat ini saya kaji dengan cermat, baik daripada sumber maklumat yang rasmi, mahupun pengakuan pemain itu sendiri.


Tapi, apakah fungsi saya bersusah-payah mengetengahkan senarai pemain-pemain itu di sini? Fungsi saya kongsi senarai pemain-pemain Islam di sini ialah supaya anda semua sedar bahawa paling kurang, 13 negara yang tak perlu kita sedih jika mereka mengalahkan pasukan pilihan anda masing-masing kerana mereka juga ada hak untuk anda berikan sokongan atas dasar umat Islam. Apa yang paling penting ialah jangan memperlekehkan mereka kerana firman Allah dlm surah Al-Hujurat ayat 11:

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا  بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." 

Sekian.

SUMBER: I LUV ISLAM

Nilai Menyintai Rasulullah S.A.W


Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Makkah,Rasulullah S.A.W dan Islam (Part 2)

Rajah Gambar Dalam Kaabah,Kiblat Umat Islam...


Tempat Mengambil Air Zam-zam Zaman Dahulu

Kelihatan Kedai/Gerai menjual pelbagai barangan di tempat saie di Makkah 

Makkah pada tahun 1378 


Anak Kunci Kaabah

Tetamu yang dibenarkan masuk ke dalam Kaabah seketika masa dahulu

Proses pengambilan air zam-zam terus dari periginya

Bekas Tapak Kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Gua Hira'...Berkhalwatnya Rasulullah bersama penciptaNya

Gua Thur,tempat persembunyian Nabi dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika perjalanan ke Madinah


Nantikan Part 3 yang bakal menyusul kelak.Pelbagai gambar berkaitan sejarah Islam akan dipaparkan...

Fenomena FACEBOOK



AFILA dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.

Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.

Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.

Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.

Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.

Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.

Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.

Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.

MEDIA

Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.

Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.

Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.

Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.

Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.

Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.

Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.

Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.

Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya.

Petikan Dari Mingguan Malaysia

Makkah,Rasulullah S.A.W dan Islam (Part 1)

Part 1: Banjir di Makkah dan Pembinaan Semula Kaabah...


Kaabah dan Makkah sekitar tahun 1920-an

Banjir Makkah.Tawwaf dilakukan secara berenang.

Kekuasaan Allah S.W.T melampaui segalanya.

Makkah dilanda banjir

Keadaan Banjir di luar Masjidil Haram.

Sai'e dilakukan di dalam banjir

Batuan Syurga,Hajarul Aswad.Digelapkan batunya oleh Allah S.W.T kerana cahayanya menerangi seluruh pelusok alam.


Proses pembinaan semula Kaabah selepas banjir.

Nantikan Part 2: Makkah Old Fashion Pictures!!!


'Aku bergurau jelah'


Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.

Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?

Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” 

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” 

Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” 


Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:

“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.
”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta.'

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”  


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”  

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.” Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”  

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri. Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih). Mereka itu menjawab: “Tidak!” Maka Umar r.a. menjawab: “Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

40 Terkaya Di Malaysia...Namun...




1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)


7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)


8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)


9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)


10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)


11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)


12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)


13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)


14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)


15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)


16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)


17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)


18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)


19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)


20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)


21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)


22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)


23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)


24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)


25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)


26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)


27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)


29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)


30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)


32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)


33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)


34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)


36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)


37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)


38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)


39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)


40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Huh..dari 40 orang terkaya yang tersenarai di Malaysia hanya 8 orang Melayu Islam.Dari 8 orang ini berapakah pula yang benar-benar mahu membantu pembangunan Islam dan umatnya di Malaysia?Jika perkara ini tidak diendahkan maka tidak hairanlah ramai orang Islam di negara ini bagaikan merempat di negara sendiri....

Ya Rasulullah S.A.W

6 Perkara Yang Luar Biasa

Mukjizat : kejadian luar biasa yang terdapat pada para nabi dan rasul seperti bulan terbelah dua, tongkat menjadi ular dan sebagainya.

Irhash : Kejadian luar biasa pada diri nabi sebelum diangkat menjadi rasul seperti dada dibelah dengan tanpa rasa sakit.

Karamah : Kejadian luar biasa pada diri para wali seperti menghidupkan ayam yang telah mati atau mengetahui sesuatu yang akan datang.

Ma’unah : Kejadian luar biasa pada orang awam yang bertakwa seperti mengetahui yang ghaib dan sebagainya.

Istidraj : Kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang yang fasik seperti mampu mengangkat batu yang besar,menghentikan keretapi yang sedang berjalan laju dan sebagainya.

Sihir : Kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang kafir atau penjahat seperti kebal dan tidak mati jika ditikam.

3 Faktor Memberatkan Blog

Assalamualaikum...

Baiklah,aku nak ulas sedikit kenapa blog kita sering menjadi berat atau lambat untuk di load. Selalunya perkara sebegini tidak berlaku pada blog baru. Tetapi jika blog anda sudah lama, content pun dah banyak maka terjadilah masalah ini.Itulah masalah yang aku sedang hadapi kini. Rasanya template baru ini telah dikurangkan widgetnya 50% berbanding dulu dan pantas berbanding template lama.


3 Faktor Beratnya Blog:




Yang pertama aku dapati image boleh memberatkan blog kita. Apabila anda sering upload image dan letakkan di page blog anda, maka ia akan semakin memberatkan blog anda. Jika image tersebut pula terlalu besar, maka semakin beratlah blog anda. Selain dari image yang anda upload, anda mungkin tidak perasan bahawa ada sesetengah template yang lambat untuk diload. Kenapa?? Kerana template tersebut menggunakan image yang banyak. Mungkin untuk mencantikkan template tersebut, maka perlu letakkan banyak image, tetapi kesannya jika image terlalu banyak dan bersaiz besar, ini akan membuatkan blog kita semakin berat.

Yang kedua adalah Java. Java ini selalu anda dapati apabila anda meletakkan iklan. Sebagai contoh google adsense, nuffnang, dan sebagainya. Tetapi aku dapati java dari iklan tidak terlalu berat, yang berat adalah javascript widget. Contoh javascript widget yang berat adalah seperti meletakkan jam. Sebenarnya ianya adalah javascript dan ada sesetengah java yang terlalu berat untuk diloading. Jadi saya nasihatkan berhati2 memilih widget dan gunakanlah yang berguna sahaja.

Yang ketiga adalah penampilan posting yang begitu banyak. Untuk standart blog atau templat (yang belum diubah suai settingnya) posting yang akan ditampilkan di page hadapan adalah 7. Itupun jika tidak silap saya. Jadi 7 posting ini sebenarnya boleh memberatkan load blog anda. Bayangkan sajalah terlalu banyak yang perlu dibaca, jadi mengambil masa yang lama lah kan?? dengan mengurangkan sedikit jumlah posting yang ditampilkan, ini dapat mengurangkan sedikit berat blog anda.

Penyelesaian Destinasimu:

  • Aku sedang mengurangkan lagi widget yang tidar perlu.Widget Music Box diletakkan dibawah dan untuk mengurangkan keberatan,anda boleh 'PAUSE' kan widget berkenaan.
  • Mengurangkan pengisian gambar yang terlalu banyak.
  • Mengurangkan senarai posting Entri dari 15 per page sebelum ini kepada 7 per page.
  • Senantiasa mendapatkan maklum balas dari pengunjung dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Pelbagai maklum balas yang aku terima.Ada antaranya lebih sukakan template-template yang lama namun bug yang muncul menyebabkan larinya kedudukan tulisan dan front.Selain itu,template lalu lebih berat berbanding yang ada sekarang.InsyaAllah jika ada template yang menarik dan ringan,aku akan update dari semasa ke semasa.Jazakallah atas teguran yang diberikan.

Keajaiban Lincoln dan Kennedy



Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:

Pertama:

Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.

Kedua:

Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960


Ketiga:

Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.


Keempat:

Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.

Kelima:

Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.

Keenam:

Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.

Ketujuh:

John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.

Kelapan:

Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.

Kesembilan:


Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang. Booth tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam. Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.


Kesepuluh:
Dan ini yang paling unik?..


Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Para Wanita Jangan Cemburu Dengan Bidadari Syurga..




“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.!!

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi "uruban atraaba", yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah "uruban" juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah "atraaba" pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi *shopping* ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” .. cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;- ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ * Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

(SUMBER DIATAS DIPEROLEHI DARI RILEKS.INFO)

Kena Hempap Masa Tidur???Ini Faktanya!!!


Salam ukhwah... Tidak tahulah jika sahabat di luar sana pernah mengalami situasi ini dimana di kala biasanya pada waktu malam,apabila kita tertidur sebentar kemudian terjaga,kita akan perasan tubuh badan kita sangat berat dan susah benar mahu bangun walaupun kudrat digunakan.Malah kudrat kita telah menjadi lemah secara tiba-tiba.Dada rasa berat dan seperti dihempap sesuatu.Mata akan separuh terbuka dan kelihatan seperti separuh terjaga namun ketika itu kita sedar.Apakah sebenar berlaku?

Aula:

Kepercayaan hebat orang Melayu yang layu ilmu perubatannya akan mengaitkan kejadian tersebut dengan makhluk halus.Orang-orang tua akan mengatakan ada makhluk halus baring atau menghempap atas kita akibat daripada kesalahan kita sebelum tidur seperti mengganggu kawasan makhluk terbabit,tidur tak basuh kaki ataupun tidak solat sebelum tidur.Maka kepercayaan ini telah lama ditelan bulat-bulat oleh generasi Melayu hinggalah saat artikel ini ditulis.Apakah yang sebenarnya berlaku???


Fakta:

Teknologi perubatan moden kadang-kadang tidak mampu mengetahui penyakit berkaitan dengan roh.Iaitu rasukan dan sihir yang memang tiada ubat jika menggunakan teknologi perubatan moden.Namun untuk masalah 'Hempap Ketika Tidur' ini,pakar-pakar telah menjumpai kaitan kejadiaan ini dengan keadaan fisiologi badan manusia ketika tidur.Benarkah?Jom kita hayati:

Sebenarnya,ia terjadi akibat daripada Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' iaitu keadaan yang terdiri daripada lumpuh yang sementara.Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa mahu tidur (hypnagogic paralysis) atau baru bangun dari tido (hypnopompic paralysis) Kemudian normal badan manusia apabila tidur, bila masuk peringkat tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement->waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) otak akan bagitau badan kita suruh rehat maka badan kite kira macam switch off kejap atauE M atonia (tader muscle tone). Otak kita pun ada 'switch off button.' dipanggil reticular activating system RAS..Apabila otak sudah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ini maka tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas dan lain-lain) yang masih on.Ianya sama seperti Screen Saver atau hibernate.Apabila kita bangun, RAS switched on balik dan kita sedar fully awake state tetapi kadang-kadang, electrical signal tak diaktifkan oleh otak untuk switch on balik badan kita, maka masa itulah badan kita lumpuh seketika sebelum otak activate kannya balik.Memang menakutkan tapi benar,tapi paralysis tu tidak semestinya complete atau full,kadang-kadang partial atau sebahagian sahaja.Sebab itu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetiap badan lain lumpuh! Satu lagi, sleep paralysis ni selalu juga datang sekali dengan hallucinations( halusinasi ) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Punca yang boleh menyebabkan sleep paralysis:


1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2.Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)


3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. Stress yang banyak di otak seperti masalah keluarga, kewangan dan lain-lain.

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal)


6. Orang yang ader penyakit Narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........