Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Bom Fosforus di Gaza!

GAZA - Spekulasi semakin meningkat bahawa tentera Israel mungkin menggunakan bom fosforus berwarna putih yang diharamkan ketika menyerang Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.Ketika askar-askar Yahudi dan kereta kebal mara ke Gaza, bedilan meriam dilepaskan sehingga mencetuskan kepulan asap putih.

Tompokan putih fosforus boleh menyebabkan seseorang itu melecur di badan dan penggunaannya adalah diharamkan terhadap orang awam berdasarkan Perjanjian Geneva pada 1980.Tentera Israel mengaku menggunakan senjata itu dalam operasi ketenteraan pada 2006 ketika menentang Hezbollah di Lebanon.Tentera Israel menafikan menggunakan senjata itu dalam serangan di Gaza yang setakat ini lebih 530 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 2,600 lagi cedera.

"Israel menggunakan senjata yang dibenarkan berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata jurucakap tentera Israel, Kapten Ishai David.Seorang lagi pakar ketenteraan Israel menyatakan letupan-letupan berwarna putih itu adalah bagi tujuan 'membutakan' penglihatan musuh.


SEBAHAGIAN penduduk Palestin berjalan melintasi sebuah masjid yang musnah di Genting Gaza semalam.


Sementara itu, seorang pakar tentera Britain, Charles Heyman berkata, jika tentera Israel menggunakan bedilan fosforus, negara itu dianggap sudah melakukan satu jenayah perang."Jika fosforus ditembak ke arah sekumpulan orang ramai, seseorang mesti dibawa ke muka pengadilan di The Hague," katanya yang merupakan bekas tentera Britain.Tentera Israel melancarkan serangan darat ke Gaza sejak Sabtu lalu bagi menghapuskan anggota-anggota Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah negara Yahudi itu. - Agensi

-Biadap dan memang biadap binatang Yahudi Zionis ini.Mereka adalah penjenayah yang amat bahaya di muka bumi ini.Menggunakan sesuatu yang amat dilarang keras oleh manusia sejagat yakni bom fosforus dan bom berangkai.Mengapakah kejam sungguh mereka ini?Bak kata mereka, darah bangsa lain halal buat mereka dan musuh sebenar mereka adalah umat Muhammad S.A.W.Begitu angguhnya mereka.Tetapi ingatlah seperti sabda nabi berbunyi bahawa kiamat itu tidak akan datang melainkan berlakunya perang besar antara umat Islam dan Yahudi di mana semua Yahudi akan di bunuh.Mungkin inilah masanya untuk kita umat Islam bangkit bersama-sama memerangi Zionis Laknatullah ini.Mereka penjenayah yang membunuh anak dan wanita yang tidak berdosa.Menggunakan bom terlarang dan mengujinya di kem pelarian di Gaza.Mana perginya tentera Islam seperti zaman Salahuddin Al-Ayubi? Adakah presiden Mesir Hosni Mubarak pengkhianat Islam?Jika benar tunggulah azab dari tuhanmu. Kita yang hidup aman damai ini,berdoalah agar dijauhkan musibah dan doakan kesejahteraan dan kemenangan umat Islam di Gaza dan Palestin.May Allah bless you Palestina....

0 Kesan Parut: