Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Memaparkan catatan dengan label Hukum-Hakam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum-Hakam. Papar semua catatan

Pope dan Pembesar 'Islam' Sama Ja???


Berkasut di rumah Allah???Apakah semua ini???Dimanakah penghormatan terhadap rumah Allah jika umat Islam sendiri menjauhkan diri dari rumahNya dari segi rohani dan fizikal???

6 Perkara Yang Luar Biasa

Mukjizat : kejadian luar biasa yang terdapat pada para nabi dan rasul seperti bulan terbelah dua, tongkat menjadi ular dan sebagainya.

Irhash : Kejadian luar biasa pada diri nabi sebelum diangkat menjadi rasul seperti dada dibelah dengan tanpa rasa sakit.

Karamah : Kejadian luar biasa pada diri para wali seperti menghidupkan ayam yang telah mati atau mengetahui sesuatu yang akan datang.

Ma’unah : Kejadian luar biasa pada orang awam yang bertakwa seperti mengetahui yang ghaib dan sebagainya.

Istidraj : Kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang yang fasik seperti mampu mengangkat batu yang besar,menghentikan keretapi yang sedang berjalan laju dan sebagainya.

Sihir : Kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang kafir atau penjahat seperti kebal dan tidak mati jika ditikam.

Keliru dan Keliru,Haram atau Tak ni???

Konfius dan Konfius!!!Umat Islam di Malaysia Terus menerus dilanda kegusaran akibat ketidak seragaman dan ketidak kepekaan kerajaan pemerintah serta pelbagai pihak dalam menjaga keselamatan Umat Islam di Malaysia!Aku baru menerima email yang mengatakan bahawa telah pasti Starbuck haram namun apabila dicek di Kosmo bertarikh sekitar bulan April lalu,ianya mengatakan tiada unsur haram di dalamnya.Mana satu kita nak dengar?Senang cerita tak payah minum kat Starbuck.Minum ALi Cafe atau Mocca di pasar malam lagi best!!!Pastikan ianya halal,suci dan bersih!!!


YANG MENGATAKAN STARBUCK HALAL



YANG MENGATAKAN STARBUCK HARAM!!!




Situasi Dibenarkan Mengumpat???


Seseorang yang dianiaya atau dizalimi mengadu masalahnya kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab membela nasibnya.Bagi menuntut keadilan,dia perlu bercerita dengan jelas apa yang telah berlaku,termasuklah menyebut perbuatan jahat orang yang telah berbuat aniaya kepadanya.

Mengingatkan Orang Lain

Mengingatkan orang lain mengenai kejahatan seseorang.Misalnya dia mengetahui seseorang itu jahat,lalu dia mengingatkan orang lain supaya berhati-hati dengan orang itu.Dia memberitahu dengan tujuan agar orang lain terselamat daripada kejahatan orang yang telah dikenali jahat itu. Bukan dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang itu.

Mengubah Kemungkaran

Ketika meminta bantuan orang lain untuk mengubah kemungkaran seseorang atau mengembalikan asi'(derhaka) ke jalan kebaikan.Dalam hal ini,orang yang meminta itu tidak boleh mengelak daripada menceritakan serba sedikit keburukan akhlak orang yang hendak ditegur itu.

Berbangga Dengan Kejahatannya

Seseorang yang memang sengaja terang-terangan membuat kederhakaan kepada Allah S.W.T. dan bermegah-megah pula dengan kejahatannya itu,maka terhadap orang ini tidaklah terlarang melemparkan ghibah atau umpatan disebabkan perbuatannya itu.

Memperkenalkan Seseorang

Seorang yang memang sudah dikenali ramai dengan gelaran atau panggilan yang dikaitkan dengan kekurangan atau kecacatan dirinya.Untuk memudahkan ia dikenali apabila ditanya orang, lalu disebutlah nama beserta gelarannya.Dibolehkan menyebut begitu sekadar memperkenalkan diri seseorang.Tetapi sekiranya dapat diubah dengan gelaran yang lebih baik adalah sangat utama dan lebih baik.

Wallahua'lam....

Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui?


Kisah 1:

“Pernah suatu ketika, Saidina Umar R.A. cedera dan banyak darah yang keluar. Beliau pengsan lalu ada seorang tabib/doktor yang ingin menyedarkannya. Setelah gagal mencuba, seorang sahabat berkata : Cubalah kau bisikkan pada telinganya, “telah masuk waktu solat”, nescaya dia akan bangun. Ternyata, Saidina Umar terbangun mendengar bisikan tersebut.”


Kisah 2:

“Ketika Tariq bin Ziad telah sampai dari pelayarannya bersama pejuang-pejuang Islam ke sebuah pulau, dibakarnya kapal lalu dikatakan kepada mereka : “Kamu semua ada dua pilihan, samada maju ke hadapan berjihad atau mati syahid di medan pertempuran.” Tiada lagi jalan pulang untuk mereka kerana kapal telah dibakar, dan di belakang mereka adalah lautan.”


Kisah 3:

“Rabiatul Adawiyah tidak mahu berkahwin walaupun yang meminangnya orang yang hebat. Atas alasan, cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya dengan cinta manusia.”


Kisah 4:

“Seorang alim, bersandar di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Beliau telah terlihat sebuah epal hanyut dari sungai tersebut. Beliau lalu mengambil dan memakannya untuk menghilangkan rasa lapar. Setelah itu terasa kurang enak di hati lalu berusaha mencari siapa pemilik epal untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Apabila berjumpa dengan pemilik epal, maaf hanya diberikan jika si alim tersebut bekerja untuknya 10 tahun.

Setelah 10 tahun berlalu, masih lagi ada syarat tambahan. Iaitu terpaksa menikahi anak gadis pemilik epal tersebut. Namun kata si pemilik epal anaknya buta, pekak dan bisu. Kerana ingin mengharapkan maaf dan halal dari pemilik epal, si alim rela untuk dinikahkan. Tetapi Allah telah mengurniakan rahmatNya kepada si alim tersebut, anak gadis itu rupanya tidak buta, pekak mahupun bisu bahkan cantik rupawan. Itulah akibatnya orang yang baik dan alim….”

Penerangan:

Nyata amat menginsafkan. Betapa sahabat amat sensitif dengan waktu solat dan berjihad kerana Allah untuk syahid tanpa ada niat untuk pulang atau berputus asa. Betapa sucinya wanita tidak mahukan cinta lelaki hanya mendambakan cinta Allah. Betapa zuhud dan rendah dirinya seorang alim untuk menjaga makanan yang halal. Yang mendengarnya jadi kagum. Insaf. Teruja. Dan terasa rendah diri.

Tetapi dari manakah sumber cerita ini? Adakah ianya benar-benar terjadi atau bayangan seorang penglipur lara? Bayangan bahawa kehebatan Islam itu begitu dan begini…

Islam itu hebat, unggul, tetapi telah dicemari dengan kisah-kisah yang ‘menumpulkan minda’. ISLAM dipenuhi dengan pelbagai kisah-kisah AJAIB. Tanpa usul periksa, tanpa diselidik latar belakang dan kesahihannya, kisah-kisah itu disebarkan. Islam di’sensasi’kan. Islam di’gempaq’kan. Tanpa ada usaha pembuktian untuk mencari kebenaran fakta dan dalil, manusia hanya percaya…

Kisah 1 : Seseorang yang tidak sedar (unconscious) kerana kehilangan banyak darah dan kekurangan bekalan oxygen untuk tubuh, mampu bangun dengan suatu bisikan. Subhanallah! Menjadi penambah keimanan kepada orang mukmin tetapi bahan tawa dan gurauan para saintis perubatan. Islam itu sempurna, ianya tertegak dengan ilmu dan fakta. Jangan malukan Islam dengan kerendahan ilmu perubatan kita.

Kisah 2 : Seorang panglima perang, yang amanah dan ikhlas, telah membakar kapal atas tujuan untuk ‘membakar’ semangat pejuang-pejuang Islam. Padahal kapal tersebut adalah harta orang- orang Muslim. Justeru membakarnya adalah suatu pembaziran yang besar! Islam itu adil, jangan cacatkan Islam dengan ‘semangat melulu’ dan dusta.

Kisah 3 : “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah mecintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” Surah Ali-Imran 3:31

Cintai Allah adalah dengan mengikut apa yang diajar dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda amat suci, lebih suci dari seluruh wanita di dunia, lebih suci dari seluruh manusia, namun masih bernikah dan berumahtangga. Salah satu dari sunnah yang mulia. Siapakah yang lebih layak diikuti dan dicontohi? Islam itu fitrah, jangan sempitkan Islam dengan kenyataan yang ‘luar biasa’.

Kisah 4 : Seseorang tidak dimaafkan kerana memakan epal yang hanyut di sungai, yang kalau dibiarkan juga akan rosak. Disuruh bekerja –dibuat perjanjian- namun ditambah lagi hukuman untuk bernikah. Anak gadis yang buta, pekak dan bisu rupanya sempurna dan rupawan. Dimanakah sunnahnya bernikah tanpa melihat pasangan? Islam itu mudah, jangan dipersusahkan dengan kecetekan fikiran kita.

Nota Kaki: Tiada penafian pada kisah-kisah ghaib yang sahih, cuma tidak perlu Islam ini dibanggakan dengan cerita-cerita sebegitu. Hendak mengajak pada Islam tidak perlu pada kisah ajaib, cukup dengan ‘fact n figure’ dalil dari quran dan sunnah. Kerana kebanyakan orang yang ‘beriman terkejut’ seperti selepas mendengar cerita bertukar jadi khinzir, jadi anjing dan sebagainya ini tidak lama. Selepas dari melihat tulisan ‘Allah’ di pokok atau sebagainya. Iman seperti ini iman yang tidak kekal. Seperti Bani Israel yang beriman apabila diselamatkan Allah dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa, berasa kagum, namun apabila kembali susah, mereka mempersoalkan kenabian Nabi Musa A.S. Tetapi jika iman dibina atas dasar ilmu dan aqidah yang kuat, ia takkan goyah. Mari bersama mencari Islam yang sebenar. Wallahu’alam…

Bomoh dan Ramalannya


Hasil dari kepercayaan ghaib yang tidak ada asas dalam Islam, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan terhadapnya.


Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.


Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.


Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:


"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)


Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:


"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)


Oleh karena itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.


Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:


"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."


Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi. 


Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut. 


Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. 


Rasulullah s.a.w. bersabda : 


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا



Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )



Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : 


مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )



Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )


Banyak Kita Tak Tahu Pasal Puasa!


PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

 

  Sesungguhnya, sesiapa yang taat serta faham dengan Al-Quran dan Sunnah, maka sekali-kali dia tidak akan meragui bahawa Allah menginginkan kemudahan untuk hambanya, bukan kesulitan. Allah telah membolehkan beberapa perkara bagi orang yang berpuasa dan tidaklah merupakan satu kesalahan bagi sesiapa yang melakukannya. Di sini, disenaraikan perkara-perkara tersebut beserta dalil-dalilnya.


 

1. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub

 

  - Dari 'Aisyah dan Ummu Salamah :

 

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima' dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa ". [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109]


 

2. Bersiwak

 

  - Nabi s.a.w bersabda :

 

Maksudnya : " Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat ". [HR Al-Bukhari : 887, Muslim : 252] Dan ada riwayat " Setiap kali wudhu " [HR Al-Bukhari : 2/682]

 

Hadis di atas adalah umum. Oleh itu, diperbolehkan siwak bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu samada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Al-Bukhari[1] serta Ibnu Khuzaimah[2], Al-Baghawi[3] dan jumhur ahli 'ilm.


 

3. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan  

 

- Rasulullah r sendiri berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa. Tetapi Baginda melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan dalam melakukan keduanya, sebagaimana sabda Baginda s.a.w :

 

 

Maksudnya : " ..berlebih-lebihanl ah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu berpuasa ". [HR Abu daud : 2366, At-Tirmidzi : 788, Annasai' : 87]

 

4. Bermesra dan mencium isteri

 

  - Dari 'Aisyah, telah berkata :

 

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang paling mampu menahan diri " [HR Al-Bukhari : 1927, Muslim : 1106]

 

- Perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda dan diperbolehkan bagi yang sudah tua (yang mampu mengawal nafsunya), sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr, telah berkata :

 

Maksudnya : " Kami pernah berada di sisi Nabi r, datanglah seorang pemuda, lalu berkata : Wahai Rasulullah ! Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata : Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Ya. Berkata (Abdullah) : Kami melihat sesame sendiri (kehairanan) , Nabi bersabda : Sesungguhnya orang tua lebih mampu menahan dirinya ". [Lihat Silsilah Asshahihah : 1606]


 

5. Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan.

 

  - Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama' al-mu'ashirin, seperti yang telah ditetapkan oleh Majma' Fiqhul Islami.[4]


 

6. Berbekam

 

  - Sesungguhnya berbekam merupakan antara perkara yang membatalkan puasa, kemudian hukum ini dinasakhkan, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

 

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi s.a.w telah berbekam dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari : 1939]

 

7. Merasa makanan

 

  - Dari Ibnu Abbas, beliau telah berkata :

 

Maksudnya : " Tidak mengapa merasai cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke kerongkong dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari ta'liiqan[5], lihat Fathul Bari : 3/154]

 

8. Memakai celak, menitiskan air atau ubat yang masuk ke dalam mata

 

- Telah berkata Imam Al-Bukhari[6] : "Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Ibrahim Annakhai' memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa "

 

- Telah disepakati oleh jumhur ulama' al-mu'ashirin, antaranya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, dan lain-lain bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa.[7]


 

9. Mencucurkan air ke atas kepala serta mandi

 

- Diriwayatkan dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang[8] yang meriwayatkan kepada aku :

 

Maksudnya : " Aku telah melihat Rasulullah s.a.w mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan ". [HR Abu Daud : 2365][9]

 

- Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya, mengadakan satu bab iaitu : (Bab Mandinya orang yang berpuasa), dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar :

 

Maksudnya : " Ibnu umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudian beliau memakainya dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari, lihat Fathul Bari : 3/154]

__________________________________________________________________

 
RUJUKAN:
 

[1] Lihat Shahih Al-Bukhari : 2/682, dan Fathul Bari : 4/158.

[2] Lihat Shahih Ibn Khuzaimah : 3/247.

[3] Lihat Syarh Sunnah : 6/298.

[4] Lihat Majallah Majma' : 2/464

[5] Iaitu, tanpa sanad. Tetapi Ibn Hajar telah menyambungkan sanadnya di dalam Taghliiqut Ta'liiq : 3/151-152.

[6] Lihat Fathul Bari : 4/153

[7] Lihat Majallah Majma' : 2/378,381,385, 392. Lihat perbahasan yang terperinci di dalam (مفطرات الصيام المعاصرة) oleh Dr. Ahmad

Muhammad Al-Khalil di laman web : www.saaid.net.

[8]Abu Bakr tidak menyebutkan nama sahabat yang melihat Rasulullah. Dalam ilmu hadis, perkara sebegini dikenali sebagai (جهالة) ataupun orang yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tidak dikenali perawinya adalah hadis yang dhaif, tetapi sekiranya yang tidak dikenali itu adalah sahabat, seperti hadis di atas, maka ia terkecuali dari hukum dhaif, kerana sahabat Nabi kesemuanya (عدول) dan tidak dipertikaikan kedudukan mereka. Inilah keistimewaan sahabat Rasulullah. Sila lihat perbahasan ringkas tentang (عدالة الصحابة) di dalam Huqbatun Mina Attarikh oleh Uthman bin Muhammad Al-Khumais : mks 157.

[9] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud oleh Syeikh Al-Albani : 2072.




Sebatan Islam vs Sebatan Sivil!!!




Merokok Ketika Berpuasa?


Soalan :" Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan cecair atau makanan ke mulutnya."

Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut.

Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum. Katanya;

“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan, kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai ke perut, iaitu dari asapnya.”

(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.


Itu dan Ini Itulah Mereka...


Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah. 

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh "Kairos Research Centreâ"™.
Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?
Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:


“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka . Firman Allah: 


“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)

Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah!

Sekian, wallahu a'lam.
(http://malay.bismikaallahuma.org/gerakan-kristianisasi-di-malaysia/)

Semoga Darimu Istiqamah Wahai Muslimah...


“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”


“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u1 kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.



“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…



* * *

Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”


Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie3.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”


“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

* * *

Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak 


Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

* * *

“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…



“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”


“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..



Semoga kau istiqamah sahabatku!

Hukum Wanita Haid Baca Al-Quran


Apakah hukum bagi wanita membaca ayat suci al-Quran sebelum melelapkan mata ketika datang haid?

Jawapan:

Kebanyakan ulama menegah wanita membaca al-Quran ketika dalam haid. Bagaimanapun, ada juga ulama yang mengharuskan membaca sedikit terutama dari kalangan mazhab Maliki (Ibn Rushd, I:84).

Dengan itu, membaca ayat ringkas daripada al-Quran dibenarkan termasuk membaca ayat al-Kursi dan surah pendek yang menjadi amalan harian dalam bentuk doa.