Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Kisah Epal Hijau


"Mengantuknya! " jam di meja telah menunjukkan angka satu pagi. "Banyak lagi tugasan yang nak kena buat ni. Esok kena tunjuk pada penyelia lab EMD" rungut hati kecilku. Tidak dapat dinafikan. Waktu-waktu beginilah yang sering menjadi waktu `favourite' bagi mahasiswa untuk `run' sel neuron otak ataupun `defragment' semula fail-fail yang telah di'save' pada sesi siang hari. Adakalanya di waktu begini juga kerap mahasiswa menterpaksakan diri untuk melakukan tindakan `search' ilmu yang telah di'save' untuk di'paste'kan ke atas sekeping kertas putih.

"Ayat apa ni? Arghhh! Peningnya". Sukar sebenarnya untuk memahami ayat kejuruteraan. Perlukan pemahaman yang jelas, ilmu yang luas, kajian yang ada `class'. Tatkala situasi `tidak faham' bertembung dengan `mengantuk', pastinya minda memerlukan sesuatu yang mampu memanaskan semula urat saraf pemikiran ini. Mata berkeliaran di atas meja. Ha! Rubik!... Yes! Tangan terus mencapai benda berwarna-warni itu.

Tapi, Isyh! Tak boleh. Nanti ada individu hentam dalam YahooGroup pulak. Rubik kembali ke `pangkal jalan'. "Nak minum Kopi Radik pun, dah lama terputus bekalan. Lainlah kalau PJI Tech nak bagi free". Senyum sendirian. Minda ini bagaikan inginkan sentuhan aroma kopi sahaja waktu ini. Waktu begini semua kedai sudah tutup. Syiling dicatur dan langkah diatur. Menuruni anak tangga di kelompok Amanah dengan penuh suasana romantis. Tujuan utama adalah mesin air. Setibanya di hadapan mesin air tersebut, kepingan-kepingan syiling itu di'tabung'kan, butang `Ali Cafe' di tekan. Secawan `Ali Cafe' berada di genggaman. Memilih untuk dihabiskan di kawasan kafeteria sahaja. Malas pula nak dibawa naik ke bilik. Memilih tempat duduk di sudut yang paling selesa. Air diteguk sambil minda mencari ilham yang mungkin bisa dijumpai secara `Adhoc'. "Mai Secawan!". Bergurau sendirian. "Kalau ada kawan waktu ini, bolehlah juga diajak bersembang. Waktu macam ni, manalah ada sesiapa. Bergurau dengan diri sendiri saja lah". Getus hati ini.

"Assalammu'alaikum, Bang Azri". Huh! Terkejut aku."Wa'alaikummussalam . Oh! Hang rupanya! Tak tidoq lagi ka?" soalku untuk memulakan Sembang Pagi.

"Kalau saya dah tidur, tak lah saya ke sini" Ujarnya sambil tersenyum.Mohd Khairil Faiz, sahabat prospek yang ku kenali di kolej kediaman.

"Lama lagi tak duduk kat sini?" soalnya.

"Sampai abis minum kopi. Pasai apa?".

"Tunggu sini jap, saya nak beli air jugak" langkah yang sama diambil olehnya. Sebentar kemudian dia kembali duduk di hadapanku. Agak lama bersembang. Akhirnya dia memulakan satu persoalan.

"Bang, saya nak tanya satu soalan. Seandainya abang mengembara ke tempat yang jauh, abang tak makan dan minum selama satu hari. Tiba-tiba abang nampak satu pokok epal. Pokok tu penuh buah epal. Takde pemilik. Abang nak pilih buah epal yang ada di bahagian mana?" soalnya.

Mindaku mencari-cari jawapan. Teka-tekikah ini? Aku jawab secara logistik. "Kebiasaannya kita akan pilih yang paling bawah." Aku mengharapkan itulah jawapan yang tepat. "Kenapa yang paling bawah?" Soalnya semula. "Senang dapat" Pintasku dengan penuh keyakinan.

"Sebenarnya, wanita ibarat buah epal. Lelaki pula ibarat pengembara. Dan kebiasaannya juga kita akan ambil sesuatu yang paling mudah untuk kita dapat sedangkan buah epal yang paling atas adalah yang paling berkualiti". Pergh!!! Analogi lagi!

"Takkan kita nak ambil yang senang dapat kan? Pengembara datang lalu lalang sentuh buah epal kemudian pergi. Jadi, buah epal yang berada di paling bawah kita tak tahu pun berapa ramai pengembara yang dah sentuh. Kita sepatutnya cuba sediakan tangga yang kukuh untuk capai buah epal yang berada paling atas. Sebab buah epal itulah yang paling berkualiti dan menjadi impian semua orang". Fuh! Siapa naqib dia ni?" width="18" height="18"> Nak kena belasah agaknya, buat modul `buah epal' tak bagitahu aku! Kan dah kena tazkirah. Haha... Padan muka aku! Apalah sangat analogi `Rubik' jika nak dibandingkan dengan analogi `Buah Epal'.

"Layak ke kita nak capai buah epal yang paling atas? Subuh pun susah nak bangun, macammana nak bina sebuah tangga yang kukuh?" Soalku memancing pendapat. "Itulah pasal. Nasiblah kalau kita dah cuba bina tangga yang kukuh, tiba-tiba ada orang lain datang bawa tangga dia dulu. Tak pasal pasal dia pula yang dapat" Katanya sambil ketawa. Seketika kemudian sahabat prospek ini mohon untuk pulang. Ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum menjelang subuh esok katanya. Salam disambut. Bayangannya hilang dari pandangan.


Kini, aku keseorangan menghabiskan sisa-sisa kopi yang masih ada. Fikiranku melayang, aku memilih berdasarkan nafsu? Astaqfirullah. .. Aku mohon kepada Allah agar dijauhkan dari nafsu yang membelenggu ini. Layakkah aku mendambakan epal yang paling atas sedangkan sewaktu program semester lepas pun `pumping' baru 25 kali dah nak balik? Mengeluh sendirian. Aku perlu berubah. Aku juga perlu mengumpul kekuatan untuk membina sebuah tangga yang kukuh. Dapat miliki epal pada bahagian hampir atas pun sudah memadai meskipun aku tidak dapat memiliki epal yang paling atas. Bukan mudah untuk melukis pelangi di langit yang tertinggi jika tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi. Bukan juga mudah untuk memiliki mutiara kasih jika tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam. Hanya Allah sahaja yang mengizinkan samada untuk mewujudkan pelangi ataupun menghadirkan sebutir mutiara kasih untuk kita. Air kopi dah habis. Aku perlu pulang ke bilik untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang.

Ingatlah wanita di luar sana. Tinggikanlah darjatmu. Jangan biarkan anda terus menjadi individu yang hanya menjadi sentuhan sang pengembara. Kerana "Kau Umpama Epal".

"Perempuan-perempua n yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nuur, 24:26)





Sekitar Pameran SERIKANDI 2009















Sahabat,Cara Kita Berbeza...


Salam Alaik..

Huhu..agaknya sudah lama ana tidak menulis di blog.Ana sungguh sibuk dengan Test+Program PPI+Assignment dan urusan hidup seharian.Sementara ana menunggu masuknya waktu Isyak ini,ana mahu mencoret sedikit kisah peribadi untuk tatapan sahabat sekalian.

Tadi ana ada usrah dan ana berkongsi pada sahabat usrah ana mengenai tajuk kami pada petang itu iaitu "Sembang-sembang Serikandi" sempena program SERIKANDI yang berlangsung di UNITEN selama 4 hari bermula petang tadi.Bertempat hanya 30 meter dari main enterance ke Exhibiton SERIKANDI,kami berenam berbincang dan berkongsi ilmu mengenai tajuk yang telah diberikan.

Dalam banyak-banyak pendapat yang diberikan,ana begitu tertarik dengan pendapat yang diberikan oleh saudara Fakhrul di mana beliau menjelaskan bahawa,walaupun usaha kita yakni AJK program tersebut nampak kecil tetapi impaknya mungkin besar.Dengan tenaga kerja yang tidak begitu besar tetapi masih mampu menjalankan sebuah program yang dikira besar di UNITEN yang jarang diadakan.Beliau juga menjelaskan bahawa,dalam skop berdakwah,kita tidak perlu meletak pagar yang berduri yang akan memberhentikan cara atau gerak dakwah kita.Yang penting niat yang tidak melanggar apa yang digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Semua orang ada caranya untuk berdakwah.Tabligh ada cara mereka sendiri.Cara ilmu disampaikan oleh mereka adalah dengan cara duduk secara rapat dan seorang ketua (amil) akan menyampaikan ilmu buat ahlinya.Begitu juga PPI,ISMA,JIM dan lainnya di mana asas mereka adalah Usrah di mana sistem ini,setiap Naqib atau Naqibah akan membimbing anak usrahnya dengan mengajar mereka ilmu agama secara tidak langsung.Sistem usrah ini merupakan satu sistem keluarga di mana ahli usrah di dalam sesuatu kumpulan itu akan mengambil berat antara satu sama lain dan tidak segan untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran masing-masing.Itulah cara mereka walaupun ia berbeza dengan Tabligh,tetapi destinasinya sama iaitu mengecapi keredhaan-Nya.

Bila tiba giliran Azrie,dia menjelaskan bahawa dia begitu kagum dengan Pengarah Program Serikandi iaitu Safiah yang berani membuat suatu perubahan dalam Serikandi dengan memanggil urusetia yang terdiri daripada muslimin.Ianya agak janggal pada mulanya bagi muslimin PPI itu sendiri tetapi kerana untuk melihat objektif program tercapai dan perjalanannya berjalan lancar,mereka muslimin tetap membantu.Ada juga yang mempersoalkan kenapa dan kenapa perlu muslimin bantu muslimat?Apa tiada muslimat lagikah yang hendak membantu?Situasi mungkin berlainan dengan si bertanya.Adakah yang bertanya tahu situasi yang dialami oleh muslimat PPI?Tenaga mereka mencukupi tetapi Hawa ada kelemahannya.Yang melengkapi mereka ialah muslimin.Setiap benda di dunia ini Allah ciptakan secara berpasangan.Malam dan siang,bumi dan langit,pantai dan ombak dan begitu juga wanita memerlukan lelaki untuk membimbing mereka.Muslimin di PPI tahu pandangan perlu dijaga agar tiada panahan mata ketika kerjasama dilakukan.Jika ada benda yang perlu dibualkan hendaklah yang penting sahaja dan di tempat yang ramai orang untuk mengelakkan fitnah.Ana rasa agak terkilan kerana ada yang mengatakan muslimin yang terlibat dengan SERIKANDI bersifat seperti "Au" atau erti kata lain lembut.Mungkin ada yang bernada bergurau tetapi ada yang sedar dan sedar akan gurauan kita itu boleh menyakitkan hati seseorang?Tingginya ilmu kita tidak mampu menandingi ilmu Allah SWT.Banyak manusia yang terkandas dari SyurgaNya adalah akibat bahana lidahnya.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa.Ana kadang-kadang terasa akan sindiran mereka tetapi kerana tidak meleraikan ukhwah yang telah terjalin,ana melayan gurauan mereka walaupun pedih di hati.

Ana merasakan kita mempunyai cara masing-masing.Hendak taknak yang mempersoalkan kenapa perlu bekerjasama dengan muslimat itu,mereka akan berkahwin juga dengan hawa. Takkan mahu bersama muslimin setiap masa termasuklah berkahwin bukan?Maka terbaliklah dunia.Kami bekerjasama kerana mahu membantu mereka untuk menjalankan salah satu cara dakwah mereka yang mungkin berbeza cara dakwah si bertanya atau si mempersoal.Anda mempunyai cara anda begitu juga kami.Kami akan menjaga adab kami.Sesi penerangan akan dipisahkan dan hanya perkara penting dibincangkan.Dan tiada pencampuran jelas antara muslimin dan muslimat ketika bekerja.Dan sering diingatkan agar kami bekerja kerana Allah dan menjaga adab pergaulan.Mungkin si bertanya kelak nanti akan membuat program bersama Akhwat,maka tahulah kenapa perlu juga kita berbincang dengan mereka.Paling penting tidak langgar syarak+niat betul+ikhlas.

Hormatilah cara kami.Ana sedar yang mempersoalkan itu tinggi ilmu agamanya.Kami juga mahu amal makruf nahi mungkar.Tidak kami menggalakkan mungkar.Tidak sesekali.Harap mereka memahami cara kami.Rasa sungguh tenang mendengar idea-idea dan nasihat dari Usrah kami petang tadi.Moga Allah rahmati usaha kami yang kecil ini dan dijauhkan kami dari fitnah dan benda yang membawa kepada dosa...Amin Ya Allah...

TV3:Pembohongan Terkini,Fitnah Sensasi!


SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi".

Pewartaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian - Ustaz Amin


"Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.
"Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.
Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".
40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.
3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.
Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak. Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

SUMBER TRANUNGKITE ONLINE V8