Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Terima Kasih DESTINASIMU

Allah hu akhbar!!! syukur alhamdulillah padaNya kerana masih memberikan aku kekuatan untuk menyedut oksigen dan menghembuskannya kembali menandakan setiap sel dalam tubuhku masih bermandikan darah yang mengalir. Allah memanjangkan umur ku hingga saat ini.Dan saat ini akan berganti ke saat seterusnya hinggalah tiba majlis penuh bersejarah itu kelak buat diriku dan dirinya...

DESTINASIMU adalah tapak asas perkenalan kami. Di sini bermula segalanya. Namun permulaan ini diinspirasikan oleh sahabatku saudara Nazmie dan di'catalyst'kan oleh Hafizi. Di situlah bermulanya DESTINASIMU pada tanggal november 2008 beberapa hari sebelum aku mengembara beberapa hari menjelajah ke pantai timur bersama ustaz-ustazku dan sahabat dalam persatuanku. Indah sungguh saat permulaan blog ini...

Bagaikan ombak yang pasang dan surut, begitu jugalah blog ini. Ada masanya begitu ligat dimasukkan artikel baru dan tempoh yang panjang sehingga artikel ini, dibiarkan sepi sunyi tanpa berpenghuni. Ya Allah, kembalikan  semangat ku ini ya Allah...

DESTINASIMU memperkenalkan aku dan dia. Aku dan dia yang bakal disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah dalam tempoh 111 jam sebaik sahaja artikel ini dimasukkan sebentar lagi. Mungkin jolokan blog motivasi pelbagai membuatkan aku bertemu jodohku di sini.... membuatkan dia tertambat kepada ku dan ku jatuh hati padanya sepenuh hati setelah dia bergelar isteriku yang sah kelak...TERIMA KASIH DESTINASIMU, terima kasih ya Allah memperkenalkan daku bidadariku di dunia ini yakni si dia...

0 Kesan Parut: