"Huh!Muka je cantik tapi tak reti masak!Buat malu jew!"
"Nak abang kahwin dengan anak mamak ke?Asyik makan kedai mamak je kita ni!"
"Muka abang dah macam magge.Tiap-tiap hari masak maggee...apa ni?"
Kasihan penulis lihat dengan situasi yang kian menjadi-jadi dewasa ini. Memang tak boleh salahkan seratus peratus kekurangan sifat asli wanita iaitu memasak ketika ini.Ramai anak dara di luar sana yang hanya reti makan tetapi tidak mengenal apa itu senduk,yang mana satu kunyit dan di mana letaknya beras. Yang tahu hanya nganga mulut dan kenyangkan perut.
Wanita tidak tahu memasak memang salah satu kekurangan dalam memeriahkan atau menghidupkan suasana rumah tangga.Air tangan isteri adalah begitu istimewa bagi kebanyakkan para suami.Kepenatan pulang bekerja mencari sekampit beras pulang ke rumah mengharapkan 3 cawan beras ditanak menjadi nasi beserta lauk pauk sedap yang menyelerakan dipadamkan dengan ngomellan si isteri yang tidak tahu memasak. Ini boleh menjurus kepada perasaan tidak sayangkan rumah tangga di mana suami tidak mendapat penangan masakan sedap dari si isteri.Perkara inilah yang menjadi leteran si suami yang cerewet dalam menjamah makanan sedap-sedap dari isterinya.
Namun sedarkah kalian? Perkara pokok dalam segala hal rumah tangga adalah agama dan bukan masakan.Siapa yang bisa menegur dan membentuk peribadi muslimah seorang isteri melainkan suaminya? Si suami tanpa segan silu menyindir si isteri yang tidak reti memasak namun pernahkan suami terfikir, apakah aku layak menjadi pemimpinnya di dalam rumah tangga yang menjadikan Islam itu sebagai perkara pokok dalam segala hal? Bolehkan si suami menjadi IMAM kepada isterinya untuk solat fardhu sekurang-kurangnya sehari sekali?Adakah mampu si suami itu memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada isterinya dan perbetulkan bacaan si isterinya pula? Adakah suami itu bermegah dengan isterinya ketika di luar rumah dan menonjolkan segala perhiasan si isteri untuk tatapan bukan mahramnya?Begitu dayus lelaki sebegini!
Kenapa si suami tidak malu pada dirinya kerana tidak mampu menjadi imam solat yang baik untuk isterinya sendiri?Alangkah indahnya suami isteri bersolat jamaah di dalam rumah dan sudah tentu rumah tangga itu mendapat berkat dan rahmat dariNya.Namun aspek ini makin dilupakan. Si suami dan isteri masing-masing rapuh akan mengetahui peranannya dalam berumah tangga. Ini akan meninggikan lagi statistik penceraian di negara kita yang tercinta ini.Si suami hanya mengharapkan kecerdikan si isteri dalam aspek duniawi semata-mata tetapi tidak pula mahu menjadikan ibu kepada anak-anaknya itu seorang yang solehah. Si isteri pula mengharapkan suaminya yang bergaji besar agar menyenangkan kehidupannya di kemudian hari tanpa berfikir, ayah kepada anak-anaknya itu tegas tapi lembut dalam mendidik anak untuk hidup dalam suasana islamik.Semua perkara ini hampir dilupakan oleh kita dewasa kini.
Jangan menjatuhkan hukuman jahil kepada si wanita yang tidak tahu memasak tetapi bantulah mereka dalam mempelajari ilmu ini.Dan sepatutnya kita seorang suami pula memang patut dihukumkan jahil tidak beragama jika tidak mampu membimbing si isteri mempelajari ilmu agama.Kita lelakilah yang menegakkan tulang rusuk kirinya yang bengkok.Fikir-fikirkan...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan