Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Hinakah Wanita Kerana Kejahilan Ini?


"Huh!Muka je cantik tapi tak reti masak!Buat malu jew!"
"Nak abang kahwin dengan anak mamak ke?Asyik makan kedai mamak je kita ni!"
"Muka abang dah macam magge.Tiap-tiap hari masak maggee...apa ni?"

Kasihan penulis lihat dengan situasi yang kian menjadi-jadi dewasa ini. Memang tak boleh salahkan seratus peratus kekurangan sifat asli wanita iaitu memasak ketika ini.Ramai anak dara di luar sana yang hanya reti makan tetapi tidak mengenal apa itu senduk,yang mana satu kunyit dan di mana letaknya beras. Yang tahu hanya nganga mulut dan kenyangkan perut.

Wanita tidak tahu memasak memang salah satu kekurangan dalam memeriahkan atau menghidupkan suasana rumah tangga.Air tangan isteri adalah begitu istimewa bagi kebanyakkan para suami.Kepenatan pulang bekerja mencari sekampit beras pulang ke rumah mengharapkan 3 cawan beras ditanak menjadi nasi beserta lauk pauk sedap yang menyelerakan dipadamkan dengan ngomellan si isteri yang tidak tahu memasak. Ini boleh menjurus kepada perasaan tidak sayangkan rumah tangga di mana suami tidak mendapat penangan masakan sedap dari si isteri.Perkara inilah yang menjadi leteran si suami yang cerewet dalam menjamah makanan sedap-sedap dari isterinya.

Namun sedarkah kalian? Perkara pokok dalam segala hal rumah tangga adalah agama dan bukan masakan.Siapa yang bisa menegur dan membentuk peribadi muslimah seorang isteri melainkan suaminya? Si suami tanpa segan silu menyindir si isteri yang tidak reti memasak namun pernahkan suami terfikir, apakah aku layak menjadi pemimpinnya di dalam rumah tangga yang menjadikan Islam itu sebagai perkara pokok dalam segala hal? Bolehkan si suami menjadi IMAM kepada isterinya untuk solat fardhu sekurang-kurangnya sehari sekali?Adakah mampu si suami itu memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada isterinya dan perbetulkan bacaan si isterinya pula? Adakah suami itu bermegah dengan isterinya ketika di luar rumah dan menonjolkan segala perhiasan si isteri untuk tatapan bukan mahramnya?Begitu dayus lelaki sebegini!

Kenapa si suami tidak malu pada dirinya kerana tidak mampu menjadi imam solat yang baik untuk isterinya sendiri?Alangkah indahnya suami isteri bersolat jamaah di dalam rumah dan sudah tentu rumah tangga itu mendapat berkat dan rahmat dariNya.Namun aspek ini makin dilupakan. Si suami dan isteri masing-masing rapuh akan mengetahui peranannya dalam berumah tangga. Ini akan meninggikan lagi statistik penceraian di negara kita yang tercinta ini.Si suami hanya mengharapkan kecerdikan si isteri dalam aspek duniawi semata-mata tetapi tidak pula mahu menjadikan ibu kepada anak-anaknya itu seorang yang solehah. Si isteri pula mengharapkan suaminya yang bergaji besar agar menyenangkan kehidupannya di kemudian hari tanpa berfikir, ayah kepada anak-anaknya itu tegas tapi lembut dalam mendidik anak untuk hidup dalam suasana islamik.Semua perkara ini hampir dilupakan oleh kita dewasa kini.

Jangan menjatuhkan hukuman jahil kepada si wanita yang tidak tahu memasak tetapi bantulah mereka dalam mempelajari ilmu ini.Dan sepatutnya kita seorang suami pula memang patut dihukumkan jahil tidak beragama jika tidak mampu membimbing si isteri mempelajari ilmu agama.Kita lelakilah yang menegakkan tulang rusuk kirinya yang bengkok.Fikir-fikirkan...

Puasa 6 Syawal


Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Hikmah Dari Segi Kesihatan
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.
Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.
Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.
Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Konsisten
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.
Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Puasa Enam dan Puasa Ganti
Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.
Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.
Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.
Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.
Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.
Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.
(Sumber : Iluvislam.com)

Bermula di sini dan berakhir di masjid...

Title di atas hanya penulis dan sesetengah insan yang mengenali diriku mengetahui isi tersirat disebaliknya... InsyaAllah...

Maher Zain

Alhamdulillah.Bersinar mata ini melihat ramai sudah anak muda hinggalah ke berusia umurnya meminati gelombang seorang hamba Allah yang bernama Maher Zain (MZ) ini. Sungguh hebat auranya namun kekuatannya semuanya kerana izin Allah S.W.T.

Penulis mengenali MZ pada awal tahun 2009 di mana ketika itu MZ tidak begitu terkenal lagi di Malaysia. Fenomena MZ mula melanda Malaysia pada pertengahan 2009 dan memuncak 2010.Jika kalian tak percaya, sila ke www.facebook/MaherZain.com di mana ribuan rakyat jelata Malaysia menjadi fanpagenya.Jazakallah pada sahabatku Hakeem Adzman yang memperkenalkan ku dengan MZ.Lagu pertama yang menerobos telingan ku adalah Allah hi ya karo.Sungguh enak alunan rentak lagunya walaupun ku tidak memahami bahasa yang digunakan (Bahasa Urdu).

Sekarang, fenomena ini membawa kepada proses pembaikan dalam industri musik dunia. Selama ini dunia diributkan dengan hiburan yang memuja dunia semata-mata tanpa menggunakan elemen musik memuji elemen ketuhanan yang makin luput di kotak pemikiran manusia.Jika dahulu di Malaysia,zaman Raihan dan Rabbani, industri nasyid begitu berkembang mekar.Namun penghujung dekad pertama millenium iaitu sekitar tahun 2005-2009,elemen nasyid di Malaysia kurang begitu menyengat kerana rakyat Malaysia dihidangkan dengan rancangan hiburan yang tidak membawa pendengarnya mendekati Rabb yang mencipta musik untuk mengagungkanNya.Mungkin masih belum dijumpai insan sekuar aura Raihan dahulu yang boleh mengembalikan kegemilangan nasyid Malaysia.Namun kini, kehadiran MZ melahirkan ramai insan di Malaysia yang cuba meniru atau menyampaikan kembali lagu alunannya dan secara tidak langsung mempromosikan lagu ketuhanan MZ ini.

InsyaAllah, MZ akan datang ke Malaysia bagi menghargai sokongan peminatnya di Malaysia yang menjangkau puluhan ribu.Minatlah MZ kerana menghayati isi kandungan yang tersurat dan tersirat dalam liriknya dan bukan kerana paras rupanya yang Allah anugerahkan kepadanya untuk menjadi satu pakej tambahan kepadanya.

Hold My Hand


I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not 


Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Open Your Eyes


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise


Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah.. 

Keluarga Islamik vs Keluarga Sedang-sedang..


Keluarga sedang-sedang mungkin akan berkata:

"Pas kahwin nanti nak bagi anak bini makan apa?makan pasir ke?"
"Nanti pas kahwin nanti bagi isteri makan magge la setiap hari yer"
"Sekarang pun mak bapak masih tanggung,ada hati nak tanggung anak perempuan orang lain?"
"Poket kosong teringin nak bernikah?Macam mana tu?"
"Kerja takda lagi,nanti nak tanggung bini macam mana?"
"Baik kukuhkan kewangan diri dulu.Mantapkan diri.Baru fikir kahwin"
"Masih muda lagi.Enjoy la dulu masa bujang ni"
"Tak berani jaga anak orang walhal diri sendiri tunggang langgang"
"Cukupkan ilmu agama dan rumahtangga betul-betul baru kahwin"
"Buatlah grand skit,buat simple2 nanti orang luar kata apa pulak?"

Keluarga Islamik mungkin berkata:

"InsyaAllah,pernikahan adalah salah satu pintu rezeki masa depan"
"Alhamdulillah,dapat jaga maruah dan hati masing-masing"
"Baguslah,belajarlah gaya hidup rumahtangga sebelum dan selepas kahwin.Belajar teori sebelum kahwin dan praktikkan selepasnya."
"Soal rezeki bukan ilmu,kerja atau wang yang berikan namun semuanya dari-Nya.Usaha yang baik iaitu pernikahan insyaAllah akan bukakan pintu rezeki kepada kamu dari sumber yang tak disangka-sangka"
"Buatlah sekadar yang termampu.Jangan berlebih-lebihan kerana membazir itu amalan syaitan.Biar apa kata orang,buatlah ikut syariat Islam.Perkahwinan bukan ketika walimah sahaja namun ianya adalah hingga ke akhirat"

Mungkin begitulah agaknya yang bermain di fikiran sesetengah keluarga yang kontra antara satu sama lainnya. Yang islamik insyaAllah ramai yang mahu mempercepatkan pernikahan anak mereka kerana bimbang akan keselamatan maruah mereka dan anak mereka.Susun alur keluarga wajib dijaga agar tidak dicemari dari benih yang haram.Dan bagi keluarga yang ala kadar islamnya,mungkin ada yang hanya ikut adat resam yang meminta bukan-bukan yang boleh membawa kepada kesusahan walhal asalnya adalah mudah di dalam Islam.

Ramai yang berlatar belakangkan agama juga ada melakukan kesilapan yang tak patut mereka lakukan. Ada yang mengadakan walimah dengan besar-besaran di luar kemampuan mereka.Jika mampu tiada salahnya cuma perkara tak perlu seperti persandingan dicampur dengan adat merenjis amat perlu dielakkan.Mungkin kerana mengikut permintaan salah satu keluarga yang ala kadar islamiknya, si jejaka atau muslimah beragama ini perlu tunduk akan tuntutan nafsu keluarga itu.Pada saat inilah perlunya golongan beragama ini tarbiyah sebaik mungkin dengan menjelaskan mengapa ianya haram di sisi Islam.Dan jika keadaan daururat,pilihlah yang kurang musibahnya.Jika perbalahan boleh menyebabkan penceraian atau pergaduhan besar antara keluarga, maka ikutlah kerana kita telah berusaha memperbetulkan apa yang bengkok dalam pemikiran keluarga ala kadar itu.

Moga perkongsian ringkas ini dapat difikirkan bersama untuk manfaat kita bersama.Bersatu membina keluarga islamik yang kemudiannya membawa kepada negara islamik seterusnya khilafah islamiyyah yang diimpikan...amin...