Followers

Usha-Usha

Template Terbaru

Azab bagi orang Melayu

Azab memang azab... tu baru azab didunia tu.belum azab di akhirat.bangsa melayu makin di seksa oleh Allah tuhan sekalian bangsa kerana tindakan dek sekelompok manusia yang berpaksikan kemelayuannya dan menolak tepi keislamannya.

Tiada siapa boleh menafikan betapa pentingnya semangat sesama bangsa. Majunya China kerana ketamadunan bangsa cina,gahnya kerajaan majapahit kerana kekuatan bangsa jawa itu sendiri. Dan munculnya kerajaan melayu melaka menaikkan nama kemelayuan di saentero dunia 600 tahun yang lalu. Nama MELAKA pernah ditasbihkan oleh pendagang barat kerana gahnya pelabuhan Melaka.

Namun setiap ciptaan tuhan itu pasti ada pasangannya. Yang gah pasti ada yang hina. Lihat kembali sejarah yang mungkin pernah kita pelajari dahulu di sekolah. Gahnya Firaun mengaku tuhan menghinakan dirinya hingga dihumban ke dasar laut merah. Kemudian datang empayar Rom dan Parsi yang bersaing untuk menguasai kebanyakkan tempat di muka bumi ini. Namun sejarah tiidak pernah menipu apabila terbukti dua kerajaan gah ini menjauhkan diri dari sebuah tamadun kuno lagi jahiliyyah iaitu tamadun arab. Kerana mengabaikan ilmu yang pernah dikurniah Rabb maka bangsa arab telah dipandang hina dan sepi okeh kerajaan dunia ketika itu.

Bayangkan semangat assobiyyah perkauman yang melampau telah mencampakkan bangsa arab ke tahap kemunduran yang tidak terkata lag. Penulis tidak mahu memperjelaskan apa yang berlaku pada zaman itu. Yang mahu dibangkitkan disini ialah bagaimana manusia dihinakan apabila memisahkan bangsa dengan Yang Esa. Bagaimana rendahnya bangsa bila memisahkan akhirat dan betapa terkutuknya manusia pabila bertuhankan kebangsaan. Allah itu Maha Adil. Menyelamatkan keturunan Ismail A.s dengan melahirkan penghulu segala nabi dan penutup segala kenabian.

Kelahiran Muhammad s.a.w menyelamatkan bangsa arab dari ditindas dan menindas. Ditarbiyahnya bangsa arab bertuhankan Allah dan bukan bersyaitankan bangsa semata mata. Disatu padukan bangsa dengan satu panji lailahailallah. Setelah itu barulah disatukan bangsa arab dari pelbagai suku kaum dan keturunan untuk menjadi bangsa arab yang islami. Perlulah dibawa Islam itu terlebih dahulu sebelum membawa bangsa bukan sebaliknya.

Inilah pad ahnya pabila mengesakan bangsa secara internal. Apakah dimaksudkan internal? Ianya bermaksud luaran berkata tentang agama namun hakikatnya mereka masih bernafsukan bangsa dan nafsu pangkat. Akhir zaman ulama dihina lebih teruk dari kucing di jalanan yang disepak terajang. Sudahlah ajakan kebaikan diambil endah tak endah, fitnah pula dipalitkan ke wajah ulama. Pabila agama tidak berguna lagi bagi sesetengah negarawan dan ahli politikus maka lahirlah generasi islam yang liberal dan mungkin teruk lagi boleh menjadi konco kamal attaturk iaitu sekular. Hinanya bangsa melayu sekarang bukan hasil kerja bangsa lain. Namun hakikatnya ia hasil tangan orang melayu itu sendiri yang melupakan tuhannya. Maka disergah bangsa ini dengan kehadiran bangsa imigran cina dan india yang menghukum kealpaan orang melayu itu sendiri.

Katakan apa yang mahu digahkan dengan masjid yang cantik dan banyak namun sunyi sepi pengunjungnya. Malah wabak berbangga rumah ibadat ini mempercepatkan proses berlakunya hari penghabisan kelak iaitu kiamat. Apa mahu dibanggakan apabila saguhati yang diberikan untuk meringankan rakyat namun pada masa yang sama mengikis harta amanah Allah itu menggunakan tangan kiri. Berfikirlah sebelum kita menjadi bangsa yang dihina lebih parah kelak. Jangan disangkakan aku melayu islam aku akan masuk syurga walhal hakikatnya yang akan masuk syurga hanyalah bangsa yang beriman dan bertaqwa. Islam hanyalah agama namun yang memasukkan kiat ke syurga ialah pangkat iman dan taqwa.....

Apabila dikenang persinggahan di Serting

Assalamualaikum,
Fuhhhhhh lama sungguh tak ku update blog ni. dah mcm sesawang yang sebenar. Bukannya laman sesawang www tetapi the real sesawang.

Penangan zaujahku yang mahu aku kembali melibatkan diri dalam dunia blog benar benar menguji....mencabar sungguh dibuatnya. Dah pakai tablet ni moga memudahkan urusanmemblogging. Saat ini aku berada di rumah ayah mertuaku di serting. Setiap kali melalui mrsm serting mahupun menyusuri rumah Allah Masjid Bandar Seri Jempol, pasti terkenang kenangan tahun 2002 dan 2007. Lebih 9 tahun yang lalu ketika mewakili mrsmku ke TUNAS SAINTIS bertuankan mrsm serting. Walaupun tidak memenangi apa apa, namun berasal di serting la s
eorang gadis telah menjuarai hati ini dan kini berada di sebelah ku dan dilantik sebagai peneman hidupku didunia dan akhirat.

D'BUKIT

"Waqar, jom esok pegi sarapan kat d'bukit?"
"Ok, ko amik la aku kat uniten"
"Aku try ajak Hadi dulu k, nanti aku bg tahu ko"

"Helo Hadi, hinz hinz, ann ann ann, rindu kat ko, jom esok sarapan kat d'bukit?"
"Hinz, hinz... jom jom"
"Ambil Waqar sekali, kita makan dengan dia k?"
"Ok, kul bp esok?"
"Jam 8am. Ko amik dia jam 7.30am k?"
"Yosh~~~OK!"

"Waqar, esok hadi amik ko"
"Ok, tq Faiz"

Terima Kasih DESTINASIMU

Allah hu akhbar!!! syukur alhamdulillah padaNya kerana masih memberikan aku kekuatan untuk menyedut oksigen dan menghembuskannya kembali menandakan setiap sel dalam tubuhku masih bermandikan darah yang mengalir. Allah memanjangkan umur ku hingga saat ini.Dan saat ini akan berganti ke saat seterusnya hinggalah tiba majlis penuh bersejarah itu kelak buat diriku dan dirinya...

DESTINASIMU adalah tapak asas perkenalan kami. Di sini bermula segalanya. Namun permulaan ini diinspirasikan oleh sahabatku saudara Nazmie dan di'catalyst'kan oleh Hafizi. Di situlah bermulanya DESTINASIMU pada tanggal november 2008 beberapa hari sebelum aku mengembara beberapa hari menjelajah ke pantai timur bersama ustaz-ustazku dan sahabat dalam persatuanku. Indah sungguh saat permulaan blog ini...

Bagaikan ombak yang pasang dan surut, begitu jugalah blog ini. Ada masanya begitu ligat dimasukkan artikel baru dan tempoh yang panjang sehingga artikel ini, dibiarkan sepi sunyi tanpa berpenghuni. Ya Allah, kembalikan  semangat ku ini ya Allah...

DESTINASIMU memperkenalkan aku dan dia. Aku dan dia yang bakal disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah dalam tempoh 111 jam sebaik sahaja artikel ini dimasukkan sebentar lagi. Mungkin jolokan blog motivasi pelbagai membuatkan aku bertemu jodohku di sini.... membuatkan dia tertambat kepada ku dan ku jatuh hati padanya sepenuh hati setelah dia bergelar isteriku yang sah kelak...TERIMA KASIH DESTINASIMU, terima kasih ya Allah memperkenalkan daku bidadariku di dunia ini yakni si dia...

Maher Zain ~InsyaAllah in Malay Version

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]

Ketibaan Maher Zain di KLIA~~~

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat ana ambil ketika sambutan ketibaan Maher Zain di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA tepat jam 3.45pm tadi disambut oleh Inteam Record dan Malaysia Maher Zain Fan Club...












Uwais al-Qarni




Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :



“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”



Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? "

Nabi menjawab : 

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian." 

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab : 



“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”

Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa. 

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal. 




Siapakah Uwais Al-Qarni?



Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa. 

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. 



Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari : 



“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”



Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila. 



Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.



Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.




Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya : 


“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”
Uwais menjawab : 


“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. 

Ibunya bertanya lagi : 


“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”
Uwais menjawab : 



“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. "
Ibunya berkata lagi : 



“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. "

Uwais berkata :
“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. "
Ibunya menambah :


“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. " 
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa : 


“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ” 
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali. 


" Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. "
Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. "
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua. 







Dipetik daripada Tazkirah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Uwais Membuka Jalanku Menjadi Seorang Bapa Kelak

Uwais,nama yang begitu merdu dan enak sekali. Seenak ciptaan Allah pada kecomelan wajahnya. Kontra antara warna kulitku dan dia bagaikan langit dan bumi, namun jarak antara kita seminggu lalu amat dekat. Ketika mana mama dan maksu kamu berurusan,ku berpeluang menjadi ayah angkatmu selama 30 min.Ah,seronoknya melayan kerenah bayi kecil yang cukup riang meriah.Tidak pernah ku melihat bayi yang begitu patuh dalam mendengar kata serta faham akan arahan yang diberikan.Uwais juga seorang yang begitu aktif dan lasak, sepadan dengan jantinanya yang bakal menjadi panglima tentera Islam kelak.Tidurmu dan bangunmu sering dialun-alunkan kalimah Allah yang menusuk kalbu yang bergetar dari kotak suara ibumu.Jadilah seperti ibumu yang penuh bersabar.

Uwais memeriahkan suasana.Menjadi penyeri kepada kehidupan malap orang tuamu.InsyaAllah kamulah akan menjadi manusia hebat masa depan yang membawa keputihan seperti putihnya kulitmu kepada ibumu kelak. Kamu sangat teruja di hadapan kamera dan pandai berposing.Adakah kamu akan menjadi selebriti dunia Islam kelak seperti Maher Zain?InsyaAllah,semuanya tidak mustahil.InsyaAllah,kelak kamu akan memiliki seorang adik untuk dibuat main bersama.Amin... (^-^)"v.... Betoi-betoi-betoi!!!

Nasihat Buat Wanita Yang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!
Sumber:ILUVISLAM.com

Tingginya Syurga Firdaus Melebihi 4.2 Tahun Cahaya!!!

"Suatu hari di tahun 1609, Galileo mengarahkan teleskopnya pertama kali ke langit. Ketika melihat bulan, ia dapat melihat permukaan benda langit itu yang dipenuhi kawah-kawah. Ketika melihat planet Jupiter, ia melihat benda langit berbentuk bulat dan dikelilingi 4 buah bulan. Namun ketika mengarahkan teleskopnya ke bintang-gemintang, astronom kelahiran Pisa (Toscana, Italia) itu tidak dapat melihat bagaimana bentuknya. Ia hanya bisa melihat titik-titik cahaya, sama seperti bila ia lihat dengan mata telanjang. Hanya bedanya, bintang itu terlihat lebih terang dan jumlahnya lebih banyak saat menggunakan teleskop."


Melihat kenyataan itulah, Galileo  menyimpulkan bahawa bintang merupakan benda langit yang sangat jauh tanpa boleh menyebutkan berapa jaraknya.

Pada tahun 1837 barulaa manusia memperkirakan jarak sebuah bintang. Friedrich Bessel yang pertama kali berhasil menghitungnya dengan cara Paralaks. Astronomi Jerman itu berhasil mengamati bintang 61 Cygni (sebuah bintang Cygnus/angsa) yang memiliki paralaks 0,29″. Sementara paralaks bintang yang paling besar (yang paling dekat dengan matahari dan bumi) adalah bintang Proxima Centauri yang memiliki paralaks 0.76" dengan jarak 1,31 parsec atau sama dengan 4,2 tahun cahaya. Itu bererti, cahaya yang dipancarkan Proxima Centauri memerlukan waktu 4.2 tahun untuk sampai di bumi setelah menempuh jarak sekitar 40 trilion km!


Bayangkan! 40 trilion km itu adalah jarak bintang dengan paralaks paling besar, yang bererti bintang "paling dekat" dengan kita! Subhanallah!









Sebuah hadis  membicarakan tentang darjat ketinggian manusia di syurga kelak.


"Sesungguhnya penghuni tingkatan-tingkatan tinggi bisa terlihat oleh orang-orang di tingkatan di bawah mereka sebagaimana kalian melihat bintang yang naik di cakrawala langit. Dan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk dari mereka dan keduanya mendapatkan kenikmatan-kenikmatan". (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban, dari Abi Said).


Hadits ini berbicara tentang tingkatan-tingkatan di syurga. Ini bererti, syurga itu bertingkat-tingkat. Dan  disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa syurga itu terdiri dari seratus tingkatan. Tingkatan-tingkatan itu kadang disebut dengan "kamar-kamar", dimana bagian luarnya boleh dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya boleh dilihat dari luar. Yang menakjubkan adalah jarak satu kamar dengan kamar lainnya atau satu tingkat dengan tingkat lainnya seperti jarak bumi dengan langit.


"Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus tingkatan yang disediakan Allah bagi orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Jarak antara dua tingkatan seperti antara langit dan bumi. Maka apabila kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah (surga) Firdaus kepada-Nya, kerana ia terletak di tengah syurga-syurga yang tertinggi." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)


Nabi saw. bersabda,

 "Sesungguhnya surga itu mempunyai beberapa kamar. Ruangan luarnya dapat dilihat dari dalam, begitu juga ruang dalamnya dapat dilihat dari luar.” Kemudian seorang 'Arabi berdiri seraya bertanya, "Wahai Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?" Kemudian Rasulullah saw. menjawab, "Untuk orang yang selalu berkata baik, suka memberi makan orang lain, membiasakan puasa dan suka melakukan shalat malam sewaktu manusia sedang terlelap." (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad).


Menurut Al-Qurthubi, kamar-kamar di syurga itu berbeza-beza dalam ketinggian dan sifatnya sesuai dengan perbezaan amal para penghuninya. Penghuni tingkatan yang tinggi berada dalam kenikmatan yang lebih tinggi dari pada orang-orang di bawah mereka.


Dengan demikian, maka menjadi jelas bahawa ketika penghuni syurga di kamar bawah melihat penghuni surga di kamar lebih tinggi di atasnya akan seperti melihat bintang di langit, sebagaimana hadits yang tersebutkan di awal segmen ini. Bagaimana tidak? Jarak antarkamar mereka saja seperti bumi dengan langit. Para penghuninya yang bertelekan di sana tentu seperti bintang-gemintangnya yang bersinaran.


Sekarang mari kita renungkan. Jika jarak bintang Proxima Centauri, bintang paling dekat dengan bumi kita ini saja 4,2 tahun cahaya, berapa pula jarak para penghuni syurga di kamar yang lebih tinggi yang dilihat sebagai bintang oleh para penghuni di kamar di bawah mereka?


Anggaplah sama dengan Proxima Centauri yang dilihat dari bumi. 4.2 tahun cahaya. Tetapi, bukankah 1 hari di akhirat sama dengan 50.000 tahun di dunia (QS. 70: 4) atau setidaknya 1.000 tahun di dunia (QS. 32: 5)? Katakanlah 1000 tahun di dunia saja (ertinya, waktu di akhirat dibanding di dunia adalah 1:365.000). Maka, jarak penghuni surga di kamar lebih tinggi itu 4,2 x 365.000 tahun cahaya! Jadi, 1.533.000 tahun cahaya atau 14.563.500 trilion km!


Ketika menggambarkan seseorang penghuni syurga di tingkat bawah yang sedang memandang penghuni kamar surga di atasnya itu seperti orang yang dilanda rasa "iri" yang luar biasa, disertai penyesalan tiada tara. "Siapa ya yang ada di sana? Betapa indahnya jika aku bisa berada di sana!"


Satu tingkat saja, kawan, tetapi hanya kerlip sinarnya yang terlihat. Begitu jauh. Tak tergapai. Dan tentu saja hal itu berbanding lurus dengan anugerah yang mereka terima. Bayangkan jika Anda penghuni kamar terendah di syurga lalu memandang penghuni kamar tertinggi di tingkatan 100 di surga!

Subhanallah!

Di kamar syurga yang manakah kita akan ditempatkan? Wallahu a'lam. Tetapi, kita jangan pernah putus berharap!!!,