Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

AEON Jusco AU2 Setiawangsa










Assalamualaikum..

Syukur kini aku sudah kembali ke KL setelah 3 hari yakni sejak hari sabtu aku berada di kampung sempena menyambut Hari Raya Korban.Pada 5 Disember adalah tarikh yang penting bagi penduduk di Taman Keramat dan Setiawangsa kerana pada tarikh itu adalah pembukaan AEON Jusco AU2 Setiawangsa yang dibuka pada jam 10.30am.Aku bersama adikku Husaini telah melawat pusat membeli belah yang menjadi ikon terbaru Taman Keramat dan Setiawangsa pada jam 11.30am.Dengan adanya Jusci yang serba baru ini,ia menjadi ikon terbaru Keramat AU2 selain daripada MSN dan Balai Polis Hulu Klang.Dengan 1300 tempat letak kereta yang percuma sehingga 4 Januari sempena sebulan pembukaannya,ini memudahkan pelanggan mereka untuk park kereta disitu.70% tempat letak kereta merupakan berbumbung dan selesa.Tetapi kelemahan adalah ketiadaan tempat letak motorsikal yang mencukupi yang berbumbung.Ianya sangat terhad.Sempena pembukaannya,Jusco AU2 telah mengadakan Jualan Mega Sale hingga 4 Disember dimana barangan dijual dengan harga yang istimewa.

Terdapat pelbagai kedai-kedai selain Jusco yang turut memeriahkan Jusco baru ini diantaranya adalah Sen2,KFC,PizzaHut,BigApple,Subway,Izzi,Rasamas,Tepayaki,SushiKing,Optical,Watson,Boston,Poh Kong,PK Time dan pelbagai lagi yang aku tak ingat namanya.Tak silap aku ada lebih 40 lot selain Jusco yang dibuka disitu.Dengan mempunyai 3 tingkat(2 tingkat Kompleks Beli Belah dan Setingkat Parking) Ianya cukup selesa untuk dijadikan tempat beristirehat sesama keluarga.Terdapat juga taman mini di depan Jusco ini.Konsepnya ala Alamanda Putrajaya.Terdapat 5-10 lot kedai yang masih dalam pembinaan yang akan dibuka selewatnya Februari,InsyaAllah.Waktu urusniaganya adalah pada jam 10.00am hingga 10.30pm setiap hari.Berikut di atas adalah gambar yang sempat aku ambil ketika berada pada hari keempat pembukaannya.Masa ini,agak kurang yang hadir kerana hujan lebat diluar dan merupakan hari raya Korban.Berada di dalam membuatkan aku lupa yang aku berada di kawasan Keramat!

0 Kesan Parut: