Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Penyanyi Nasyid Saujana Jadi Lembut?Gempar!


Dulu dan Kini....Khairul Idzwan (Bekas Vokalis Nasyid Saujana)


video
Komen Isu Dr Izu (Khairul Idzwan Baharin) oleh Portal Saujana

Penjelasan Isu Dr Izu Sesiapa sahaja pasti terkejut mendengarkan berita menyaksikan kisah yang terpapar di media mengenai sahabat kita, Khairul Idzwan Baharin. Kalau anda sedih, bayangkan apa pula perasaan sahabat-sahabat Saujana, ahli keluarga, malah guru-guru di SMAP Kajang. Bukan kepalang.

Kami dihujani komen dan panggilan bertanyakan reaksi dan respon. Wartawan, teman, peminat, keluarga. Tapi jawapan kami terbatas. Kami sendiri sudah hampir tiga tahun tidak bertemu Izu. Kalaupun berjumpa, hanya di talian atau SMS. Berita yang kami dapat pun melalui kawan-kawan yang tidak ketahuan kebenaran khabarnya. Jadi, mungkin Izu ada alasan tersendiri mengapa begitu jadinya. Kami mohon maaf sekiranya Izu telah melukakan hati kalian. Apapun, marilah kita sama-sama doakan semoga Allah sentiasa di sisi untuk membantu dan memberi hidayah. Janganlah menghitung, kerana Allah itu sebaik-baik penghitung. Janganlah mengeji, kerana Allah jualah yang membalas nanti. Kerana doa itu senjata mukmin, maka doa jualah penawarnya.

Saujana takkan berhenti...

Dari Destinasimu:

Moga Allah bimbing Dr Idzu kembali ke jalan yang benar.Memang benar,Allah lah yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dialah juga yang menarik hidayah yang telah diberikan.Jangan lah kita bersangka buruk padanya cuma berdoa agar dia kembali ke jalan yang benar.AMin...sedih ana dengar berita ini...

3 Kesan Parut:

nEeChAn berkata...

I've recognized him masa audition OIAM yg lepas. Masa tu xterfikir plk yg tu betul2 dia..ingatkn pelanduk 2 serupa ke.. Mcm mn pun, doakn agr rahmat n hidayah Allah sentiasa bersama2nya..

Tanpa Nama berkata...

Salam...ana cuma nak bg info...kalau tengok biodata yang ada kat OIAM tu,namenye tak same dan umurnye pun berbeza (kalau inilah orang yang dimaksudkan).
boleh cek di link berikut> http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/rizu.asp

Kalau salah sila betulkan ana.

Teguran juge untuk semue agar jangan mudah melatah atau memfitnah,semak berita yang diterima dan sediakan bukti atas ape saje tuduhan yang kita buat.Sila rujuk AL-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan),yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu. wallahu'alam..

KaYRaiL FaREasT berkata...

Ws buat tanpa nama.Sumber yang ana dapat adalah dari Portal Saujana sendiri kerana mereka sendiri meminta maaf atas perkara yang dah berlaku.Untuk maklumat lanjut leh la TNama melayari website mereka.
http://www.saujana.net.my/index/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1 .....